Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM

Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM

Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM.

Seorang pegawai kanan yang berkhidmat dengan Kerajaan Negeri ditahan reman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, suspek lelaki berusia 50-an berkenaan ditahan kira-kira jam 8 malam semalam, di pejabat SPRM Alor Setar kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM

Perintah reman bermula hari ini sehingga 26 Julai dikeluarkan Majistret Muhammad Zul Hilmi Latif selepas SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

Setakat ini, secara keseluruhannya seramai empat suspek ditahan SPRM termasuk seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Menteri Besar (MBI), pengarah syarikat dan pembantu kepada pemilik syarikat bagi membantu siasatan.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Baca Lagi:
Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA
Duit kiriman RM10,000 untuk perubatan nenek lesap, amah cuba bunuh diri di banglo majikan
PM imamkan solat jenazah Salahuddin Ayub
CATEGORIES