
Isteri bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia
Isteri bekas Menteri Besar Selangor meninggal dunia.
Isteri kepada Datuk Harun Idris bekas Menteri Besar Selangor yang kelapan, Datin Salmah Sulaiman meninggal dunia.
Berita itu dikongsi keluarga beliau menerusi satu mesej di ‘Whatsapp’ sebentar tadi.
Datin Salmah meninggalkan tiga orang anak lelaki dan tiga orang anak perempuan.
Beliau merupakan pengasas bersama Rumah Bakti Datuk Harun di Hulu Kelang, Selangor yang diasaskan bersama suaminya, Datuk Harun pada Ogos 1966.
Suaminya, Datuk Harun meninggal dunia pada 19 Oktober 2003 pada usia 77 tahun.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang pagi esok.
Baca Lagi:
Pelancong berbogel di balkoni hotel dirakam orang awam
Ini perkara penting yang perlu anda tahu jika beli peti sejuk baru
Pemain bola sepak negara belasah teman wanita sampai trauma
CATEGORIES Berita