Duit kiriman RM10,000 untuk perubatan nenek lesap, amah cuba bunuh diri di banglo majikan

Photo of author

By Syima Iza

Duit kiriman RM10,000 untuk perubatan nenek lesap, amah cuba bunuh diri di banglo majikan.

Kemurungan seorang wanita selepas tidak mengetahui status kiriman wang berjumlah RM10,000 untuk keluarganya di Indonesia memuncak apabila cuba membunuh diri di banglo majikannya di Taman Yayasan, di sini, semalam.

Mangsa dilihat berdiri di bumbung tingkat dua banglo itu dalam kejadian kira-kira pukul 9.52 pagi.

Duit kiriman RM10,000 untuk perubatan nenek lesap, amah cuba bunuh diri di banglo majikan

Wang tersebut adalah dikatakan bagi membiayai perubatan nenek kepada wanita yang berusia 26 tahun itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supertinden Ramli Kasa berkata, berdasarkan siasatan mendapati wanita warga asing itu memperoleh pendapatan sehingga RM1,600 sebulan sebagai pembantu rumah.

Katanya, dia yang masih bujang telah bekerja di negara ini sejak 18 bulan lalu dan mendapat berita daripada ahli keluarga mengenai keadaan neneknya yang sakit.

“Justeru, wanita itu kemudian meminta majikanya membuat kiriman wang berjumlah RM10,000 dari pemotongan gaji bagi tempoh beberapa bulan sebagai pembantu rumah,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, di sini hari ini.

Beliau memberitahu, selepas permintaan itu ditunaikan didapati majikannya berusia 56 tahun telah menunjukkan bukti kepada wanita tersebut dan memintanya agar tidak terus bimbang.

Justeru, kata Ramli, wanita tersebut kemudiannya cuba menghubungi ahli keluarganya di Indonesia bagi mendapat kepastian sama ada wang tersebut telah diterima mereka.

“Namun, wanita itu gagal menghubungi ahli keluargannya dan membuatkannya resah sebelum bertindak cuba membunuh diri dari tingkat dua rumah majikannya.

“Bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan selepas dipujuk anggotanya dan pasukan bomba dan kemudiannya dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk pemeriksaan lanjut.

“Hasil pemeriksaan mental mendapati keadaan wanita itu stabil dan kini direman empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut 309 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:
Wanita tergaman dilamar kekasih semasa terima ijazah di konvokesyen, ramai netizen tak puas hati..
Rakaman tular tikus sedang gigit ayam di pasar basah undang pelbagai reaksi netizen
Bekas ratu cantik Vietnam tinggal dunia glamor, pilih jadi petani di kampung sebab ini