‘Sampai mati saya akan buat’ – Bos Mydin menangis mengenangkan jasa Allahyarham Salahuddin Ayub

Photo of author

By Syima Iza

‘Sampai mati saya akan buat’ – Bos Mydin menangis mengenangkan jasa Allahyarham Salahuddin Ayub.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin), Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin, berjanji akan terus melaksanakan Menu Rahmah biarpun Datuk Seri Salahuddin Ayub telah tiada.

Allahyarham Salahuddin adalah pencetus Menu Rahmah ketika menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup bagi meringankan beban rakyat.

'Sampai mati saya akan buat' - Bos Mydin menangis mengenangkan jasa Allahyarham Salahuddin Ayub

“Sampai mati saya akan buat Menu Rahmah ni.,” – kata Ameer Ali menerusi hantaran di Facebook MYDIN Malaysia hari ini.

Menurut hantaran itu, walaupun pencetus ideanya sudah tiada, MYDIN akan cuba untuk meneruskan legasi Allahyarham dan akan terus menjual Menu Rahmah kepada rakyat.

Hantaran tersebut turut berkongsi harga set menu Rahmah di MYDIN iaitu:

Set sarapan pagi = RM2.50
Set makanan tengah hari dan malam = RM4.90

“Menu Rahmah ada di kesemua 28 cawangan Pasar Raya Besar MYDIN,” katanya.

Untuk rekod, MYDIN antara premis terawal memperkenalkan Menu Rahmah yang diasaskan Allahyarham Salahuddin.

Salahuddin, 61, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, jam 9.23 malam tadi setelah ditidurkan setelah menjalani pembedahan akibat pendarahan otak.

Baca Lagi:
Unsur Nadir Bumi (REE): Pegawai kanan kerajaan negeri Kedah pula dicekup SPRM
Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA
Fahmi Fadzil dedah punca akaun TikTok rasmi MB Kedah disekat