PM imamkan solat jenazah Salahuddin Ayub

Photo of author

By Syima Iza

PM imamkan solat jenazah Salahuddin Ayub.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato’ Haji Noh Gadot di sini, pada jam 11 pagi.

Solat jenazah itu turut disertai ahli-ahli politik, saudara-mara, rakan taulan dan masyarakat setempat.

PM imamkan solat jenazah Salahuddin Ayub

Turut memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham ialah Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Pertanian dan Kerterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani; barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor.

Turut dilihat berada di masjid, kepimpinan parti politik tanah air antaranya Pengerusi Kebangsaan DAP, Lim Guan Eng; Naib Pengerusi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad dan Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Husin.

Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.

Sebelum Perdana Menteri tiba, solat jenazah turut dilaksanakan dan diimamkan anak sulung Salahuddin, Iskandar Zulkarnain, 37, yang mana difahamkan ia antara permintaan terakhir Allahyarham.

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong Serkat, Tanjung Piai di sini, sebelum Zohor.

Baca Lagi:
Isu nadir bumi 13 juta: Ketua Eksekutif (MBI) Kedah dedah sesuatu
Mereka semakin berani! Selepas tular video lima beranak mengaku pengikut Si Hulk, kini 5 remaja dari Pasir Gudang pula
Misteri kehilangan warga emas selama 5 hari terjawab..rupanya dalam perut buaya