Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA

Photo of author

By Syima Iza

Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA.

Seorang penonton membuat laporan polis selepas cedera akibat dipukul semasa menonton perlawanan akhir Piala FA antara Johor Darul Takzim (JDT) dan KL City di Stadium Sultan Ibrahim di sini, kelmarin.

Ketua Polis daerah Iskandar Puteri Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, lelaki berusia 30 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi di Kuala Lumpur, pada 11.50 pagi semalam

Lelaki patah hidung, pendarahan di kepala, dakwa dipukul ketika perlawanan Akhir Piala FA

“Mangsa pulang ke Kuala Lumpur dan mendapat rawatan, seterusnya ditahan di wad Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Keadaan mangsa baik dan stabil.

“Doktor mengesahkan mangsa mengalami kecederaan patah hidung, pendarahan di kepala dan mata kanan serta lebam seluruh badan.

“Kes dalam siasatan, orang ramai yang melihat kejadian dikehendaki tampil ke Bahagian Siasatan Jenayah IPD Iskandar Puteri untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan (mendatangkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda lain yang berbahaya).

Baca Lagi:
Penduduk gempar ular sawa gergasi seperti dalam filem ‘Anaconda’ ditemui menjalar di Elmina, Shah Alam
Mereka semakin berani! Selepas tular video lima beranak mengaku pengikut Si Hulk, kini 5 remaja dari Pasir Gudang pula
Isu nadir bumi 13 juta: Ketua Eksekutif (MBI) Kedah dedah sesuatu