9 kisah bekas rakyat Malaysia yang menyesal lepaskan kerakyatan

9 kisah bekas rakyat Malaysia yang menyesal lepaskan kerakyatan

9 kisah bekas rakyat Malaysia yang menyesal lepaskan kerakyatan.

Pepatah Melayu ada mengatakan, “hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. Lebih baik di negeri sendiri”

Pepatah ini membawa maksud, bagaimana baik pun keadaan di tempat dan negara lain, tempat atau negara kita sendiri tetap lebih baik.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna Facebook, Helmi Basri baru-baru ini, beliau menceritakan beberapa pengalaman bekas rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air akan tetapi tidak mampu kerana mereka bukan lagi warganegara Malaysia.

9 kisah bekas rakyat Malaysia yang menyesal lepaskan kerakyatan

Rata-rata mereka berasa rindu akan suasana di Malaysia dan berhasrat ingin pulang semula. Tetapi apa kan daya, segalanya telah berubah dan mereka terpaksa akur dengan takdir tersebut.

From a marhein Hj Zainuddin Omar …Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:

1. Saorang pakchik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.

Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumor. Masalahnya dia sudah giveup Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.

2. Seorang auntie umor 50’an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.

Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.

3. Saorang uncle yang saya jumpa didalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.

Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.

Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.

4. Saorang auntie yang saya jumpa di London.

Kakak ini sudah berkahwin dengan saorang berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.

5. Saorang pakchik di Liverpool, UK.

Pakchik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya saorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampong halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya.

6. Saorang pakchik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne, Australia.

Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.

7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.

Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.

8. Saorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.

Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens.

Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.

9. Saorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.

Guru ini berumor 50’an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betul lah saperti peribahasa melayu:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:

“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, make sure don’t give up your citizenship ‘coz one day you might regret it your wholmarhein.

Baca Lagi:
Isteri bayar gaji suami RM10,000 sebulan, tapi suami mahu kahwin dengan janda anak satu pula
Syarikat pecat staf sebab tak mampu berlari sejauh 5km dalam masa 30 minit
Video Penguatkuasa Singapura kopak kereta berpendaftaran Malaysia seludup rokok, tak sangka sebanyak ini yang ditemui
CATEGORIES