Video Penguatkuasa Singapura kopak kereta berpendaftaran Malaysia seludup rokok, tak sangka sebanyak ini yang ditemui

Photo of author

By Syima Iza

Video Penguatkuasa Singapura kopak kereta berpendaftaran Malaysia seludup rokok, tak sangka sebanyak ini yang ditemui.

Sempadan Malaysia merupakan tempat di mana penyeludup-penyeludup akan mempertaruhkan nasib membawa pelbagai barangan terlarang ke negara jiran yang terletak di utara dan selatan.

Baru-baru ini akaun TikTok penguatkuasa Immigration & Checkpoints Authority Singapore (ICA) memuat naik rakaman video anggotanya mengopak sebuah MPV berdaftar dari Malaysia yang menyeludup rokok tanpa duti.

Video Penguatkuasa Singapura kopak kereta berpendaftaran Malaysia seludup rokok, tak sangka sebanyak ini yang ditemui

Dalam video berdurasi 1 minit, penguatkuasa ICA dengan penuh teliti mengopak seluruh luaran dan dalaman badan MPV terbabit.

Hasil carian menemukan sejumlah kotak rokok disorokkan pada bahagian dashboard, pintu kereta, bampar hadapan serta belakang.

Antara hasil rampasan ICA pada 12 Jun lalu — 222 karton, 2,170 paket dan 35 stick bahan tembakau tidak bayar duti.

@ica_singapore I knew you were trouble… 🎶 #ica #fyp #cigarette #contraband #truecrime #swifttok #cartok #SecureBordersSafeSG #GuardiansOfOurborders ♬ original sound – ICA_Singapore

Dalam pada itu warga Singapura meminta penguatkuasa ICA memasang pengesan x-ray di setiap pintu masuk melalui jalan darat negara bagi mengelakkan barangan terlarang tidak sewenang-sewenangnya menembusi negara tersebut.

“Sebagai penjaga sempadan kita, ICA komited untuk memudahkan perdagangan dan perjalanan selamat sambil memastikan sempadan Singapura selamat dan terjamin,” petik kenyataan Facebook ICA.

Baca Lagi:
Pelajar 13 tahun melahirkan anak ketika menjawab kertas peperiksaan
Detik cemas penduduk lari selamatkan diri, banjir lahar dari Gunung Semeru
7 jam perjalanan, Raisuddin dan isteri pergi jumpa kanak-kanak mirip Siti Sarah, Shuib buat video call