Wanita hairan abang ipar beronani pakai kondom dalam bilik anak buah

Wanita hairan abang ipar beronani pakai kondom dalam bilik anak buah

Wanita hairan abang ipar beronani pakai kondom dalam bilik anak buah.

Kisah haruan makan anak bukan perkara baharu dan ia terus menjadi kerisauan kerana masih kerap dilaporkan berlaku di Malaysia.

Ketika penangan nafsu serakah tidak dapat dikawal, perilaku yang memesong batasan keimanan akan menjadi kebiasaan.

Begitulah kisahnya untuk seorang wanita ini apabila dia menemukan sesuatu yang mencurigakan di dalam bilik tidur anak buahnya.

Melalui satu perkongsian tanpa nama di Twitter, wanita tersebut mendedahkan dia menjumpai satu paket kondom yang sudah digunakan selain alat mainan seks yang tidak diketahui pemiliknya.

Wanita hairan abang ipar beronani pakai kondom dalam bilik anak buah

Gambar hiasan

“Saya perlukan penjelasan. Saya jumpa plastik kondom yang dah terkoyak dan masih basah di dalam bilik anak buah saya sedangkan semua keluarga kakak saya balik ke kampung.

“Saya pun ada terjumpa adult toys. Dalam masa kakak saya di kampung, suami dia ada balik ke rumah berseorangan dalam tiga hingga empat hari.

“Saya sebenarnya tak tahu macam mana nak berhadapan dengan isu ni. Saya ada cuba pergi berterus terang dengan kakak supaya berhati-hati atau tanya suami dia,” cerita wanita itu.

Walaupun begitu, si suami ternyata mengemukakan alasan yang tersendiri mengenai penemuan tersebut.

“Kakak pun pergi tanya suami dia, suami dia mengaku bahawa memang ada ‘buat’ secara bersendirian.

“Kakak saya terima jawapan tu,” tulis wanita itu masih ragu-ragu.

Persoalan demi persoalan yang masih belum terjawab, wanita itu cuba mendapatkan pandangan daripada orang ramai melalui luahannya.

“Sekarang ni saya nak cuba tanya kepada kaum lelaki, memang ada ke lelaki beronani pakai kondom?

“Untuk orang yang dah kahwin, dalam masa tiga hingga empat hari memang tak boleh tahan ke?

“Atau benda ni ikut nafsu masing-masing?” lontar wanita itu dengan soalan-soalan yang berlegar di benak fikirannya.

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya mengenepikan soalan yang diajukan wanita itu dan dilihat runsing dengan isu yang lebih getir.

“Sekarang ni benda yang paling menakutkan adalah kenapa kondom dan sex toys boleh ada di dalam bilik anak buah?

Wanita hairan abang ipar beronani pakai kondom dalam bilik anak buah

“Abang ipar tak ada bilik sendiri ke dengan kakak? Peluah cakap anak buah yang bermaksud anak kakak dia. Jadi lelaki tu beronani dalam bilik anak sendiri? Apa nak jadi dunia hari ni.

“Ada kemungkinan besar juga yang suami mencurangi kakak peluah. Tapi untuk berlaku curang di dalam bilik anak sendiri adalah sesuatu yang jauh lebih jijik.

“Tujuan utama kondom adalah sebagai kaedah pencegahan kehamilan, jadi kenapa perlukan kondom kalau hanya beronani,” kata sebahagian warga maya.

Tidak kurang juga warga maya yang mengatakan si suami bermungkinan mengalami ketagihan pornografi dan menegur mengenai tahap kebersihannya.

“Kalau setakat tiga hingga empat hari, lelaki biasa sepatutnya boleh kawal melainkan dia kaki porno.

“Pengotornya lelaki tu, kalau betul dah bergelora nafsu tu pun, tolonglah buat kerja bagi clean. Ini biar merata-rata ‘hasil’ yang dikeluarkan. Tentang buat dalam bilik anak buah no comment.

“Tolong pasangkan kamera litar tertutup (CCTV) dalam rumah tu untuk dapatkan jawapan yang muktamad,” ujar warga maya.

Baca Lagi:
Perkahwinan awal bertahan setahun je, lepas 10 tahun wanita ini kembali semula kepada bekas suami rupanya sebab ini
Jangan pandang rendah, najis burung boleh rosakkan kereta
Cara mudah buat tabung kecemasan, no 3 tu paling senang dapat jimat duit banyak
CATEGORIES