Neelofa mula bersuara tentang adiknya Ameera Khan selepas kecoh sidai coli merah

Neelofa mula bersuara tentang adiknya Ameera Khan selepas kecoh sidai coli merah

Neelofa mula bersuara tentang adiknya Ameera Khan selepas kecoh sidai coli merah.

Selebriti terkenal, Neelofa mengulas mengenai tindakan adik perempuannya, Ameera Khan yang memuat naik foto coli berwarna merah di media sosial.

Memetik laporan BH Online, Neelofa menyatakan dia mengetahui isu itu menerusi media sosial. Kata usahawan berumur 34 tahun ini, Ameera masih boleh dibentuk dan mempunyai sisi positif.

Neelofa mula bersuara tentang adiknya Ameera Khan selepas kecoh sidai coli merah

Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor memberitahu kebiasaannya Ameera akan menerima nasihat dirinya dan juga abang iaitu Aqief.

Sebagai keluarga, jika timbul sesuatu isu berkaitan dirinya, kami akan cuba meminta antara satu sama lain untuk menegurnya.

Biasanya, Ameera akan dengar cakap saya dan Aqief. Saya juga boleh bercakap secara berdepan ataupun menghantar mesej di telefon jika ada perkara yang ingin diperkatakan. Saya selesa dengan dua-dua cara itu.

Ameera budak baik

Sementara itu, menjawab mengenai khabar angin yang mendakwa Ameera mempunyai hubungan istimewa dengan Jefri Nichol, ibu kepada Muhammad Bilal akui tidak mengenali aktor Indonesia terbabit.

Kata Neelofa lagi, Ameera adalah anak yang baik justeru boleh dibimbing sekiranya menemui calon suami yang tepat.

Saya tak sedar pun (gosip) itu. Tetapi, saya tahulah dia banyak terima komen dari Indonesia. Cuma, saya tak tahu siapakah jejaka yang ‘dikenen-kenen’ dengannya.

Saya mana-mana pun okay. Asalkan sesuai, baik dan boleh bimbingnya.

Saya banyak bersembang dengan Haris. Saya cakap Ameera budak baik. Dia kalau dapat orang yang betul, boleh bantu dan bimbing, akan jadi seorang isteri yang baik.

Baca Lagi:
18 tahun isteri berhias depan suami tapi tidak dihargai, sekali kawan baik suami jadi mangsa keadaan
Penyelam temui pedang berusia 900 tahun milik tentera salib
Kongsi foto coli merah gantung di balkoni, Ameera Khan dikecam netizen
CATEGORIES