Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah

Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah

Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah.

Solat merupakan rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah. Merupakan tiang agama yang telah difardukan ke atas orang Islam yang mukallaf, kewajipan untuk menunaikan solat banyak terdapat dalam dalil Al-Quran dan Al-Hadith.

Sesiapa yang meninggalkan solat seolah-olah telah merobohkan tiang agama kerana seumpama tidak mahu berusaha membina agamanya dengan sempurna.

Kisah lelaki yang solat selama 60 tahun tetapi tidak diterima Allah

Gambar hiasan

Tahukah anda, ada seorang individu yang solat selama 60 tahun namun tidak pernah diterima Allah.

Dalam perkongsian Dr Ahmad Sanusi, Rasullullah pernah menggambarkan kepada Saidina Abu Hurairah bahawa terdapatnya seorang lelaki yang menunaikan solat selama 60 tahun tetapi solatnya tidak diterima Allah.

Dalam satu sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Seorang lelaki menunaikan solat selama 60 tahun, tetapi satu pun solatnya tidak diterima Allah. Perkara ini berlaku kerana dia menyempurnakan sujudnya tetapi tidak menyempurnakan rukuknya, atau menyempurnakan ruku’nya tetapi tidak menyempurnakan sujudnya.”- (HR Ibn Abi Syaibah)

Hadis ini mengingatkan kita supaya menyempurnakan setiap rukun di dalam solat. Malah baginda Rasulullah secara spesifik telah mengingatkan umat manusia mengenai perbuatan rukuk dan sujud yang sering diabaikan sebahagian manusia.

Sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Seburuk-buruk pencuri adalah mereka yang mencuri di dalam solat. Sahabat lalu bertanya: Bagaimana seseorang itu mencuri di dalam solatnya? Rasulullah lalu menjelaskan: (pencuri solat ini ialah) mereka yang tidak menyempurnakan rukuk dan sujud merekanya.”- (HR Ahmad)

Oleh itu, berusahalah kita menunaikan solat dengan sempurna agar ibadah yang dilakukan tidak sia-sia di sisi Tuhan.

Baca Lagi:
Sultan Brunei terima hadiah ‘stereng F1’ dari PM Anwar, netizen pula terkejut..
Kecoh janda berniqab tayang payudara semasa live TikTok, dapat banyak ‘gift’ dari lelaki sudah berkahwin
Kubur terjatuh, waris temui kain kafan dan kapas jenazah ibu 15 tahun lalu
CATEGORIES