Suami terjah pintu rumah setelah dengar dengkuran lelaki dalam bilik tidur, sangka isteri curang rupanya ini yang berlaku…

Photo of author

By Syima Iza

Suami terjah pintu rumah setelah dengar dengkuran lelaki dalam bilik tidur, sangka isteri curang rupanya ini yang berlaku…

Seorang suami di wilayah Guangdong, China yang menyangka isterinya curang kerana mendengar bunyi lelaki berdengkur di dalam bilik tidur mereka, tergamam selepas mendapati ia adalah bunyi suaranya sendiri, lapor laman berita Thaiger semalam.

Selepas pulang dari luar negara atas urusan perniagaan, si isteri dilaporkan tidak membuka pintu apabila suaminya tiba di rumah pada pukul 9 malam (waktu tempatan).

Suami terjah pintu rumah setelah dengar dengkuran lelaki dalam bilik tidur, sangka isteri curang rupanya ini yang berlaku...
Gambar hiasan

Setelah membuka pintu rumah, lelaki itu terdengar bunyi dengkuran kuat dari bilik tidur mereka.

Gara-gara curiga isterinya membawa masuk lelaki lain semasa ketiadaannya, si suami menerpa masuk ke dalam bilik dengan perasaan marah.

Dia kemudian terkejut apabila mendapati isterinya tidur bersendirian di atas katil, manakala bunyi dengkuran itu muncul daripada telefon bimbit wanita tersebut.

Bunyi itu sebenarnya dengkurannya sendiri yang direkod dan didengari si isteri setiap kali dia tidak berada di rumah untuk membantu menenangkan ketakutannya ketika tidur.

Si suami terharu dengan tindakan isterinya yang tidak bersalah itu dan dia meluahkan rasa menyesal kerana tersalah faham mengenai bunyi dengkuran itu.

Baca Lagi:
Warga asing biadap cabul nenek 71 tahun di tempat awam
Misteri kehilangan anak lelaki selama 2 hari terjawab, ayah jumpa mayat dalam bangunan lama
Bapa saudara terdengar ‘bunyi bisikan’ sebelum hempas bayi 40 hari ke lantai, campak budak 3 tahun dari tingkat satu