Sah! Sanusi angkat sumpah MB Kedah hari ini

Sah! Sanusi angkat sumpah MB Kedah hari ini

Sah! Sanusi angkat sumpah MB Kedah hari ini.

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Jeneri Muhammad Sanusi Md Nor akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Sanusi, 49, yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Kedah berkata, beliau akan melafaz sumpah memegang jawatan itu di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada jam 10 pagi.

Sah! Sanusi angkat sumpah MB Kedah hari ini

“Hari ini saya akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar di Istana Anak Bukit 10 pagi,” katanya ketika berucap pada program Himpunan Mandat Rakyat di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar malam ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada Sabtu, PN mencipta kejayaan besar apabila memenangi 33 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Sanusi yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah mempertahankan kerusi DUN Jeneri selepas menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Muhamad Khizri Abu Kassim dengan majoriti 16,050 undi.

Beliau juga sebelum ini Menteri Besar Kedah ke-14 yang dilantik dan mengangkat sumpah jawatan itu pada 17 Mei 2020 selepas mendapat sokongan majoriti Adun ketika itu.

Baca Lagi:
Kampung atas air tertua ditemui berusia 8,000 tahun lalu, siap ada benteng pertahanan berduri
Pas Kelantan belum capai kata sepakat siapa MB, mesyuarat dilanjutkan malam ini
Sejarah Kampung Baru Cina yang ramai tak tahu
CATEGORIES