Zii Jia pegang tahkta nombor satu ‘Smash’ paling laju, 419.8 kilometer sejam.
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia dan beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani, menduduki takhta nombor satu dalam Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 bagi kategori ‘smash’ paling laju dalam acara masing-masing.
Menurut kemas kini terbaru yang dikeluarkan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF), Zii Jia berada di kedudukan pertama dan kedua dengan kelajuan 419.8 kilometer sejam (km/j) dan 415.4 km/j.
Pemain Indonesia, Jonathan Christie, pula berada di tempat ketiga dengan kelajuan 411.5 km/j.
Bagi kategori beregu lelaki, kekuatan smash yang dimiliki Izzuddin memberi kelebihan kepada beliau dan Goh Sze Fei dalam menyerang lawan mereka.
Izzuddin berjaya melakukan smash dengan kelajuan 444.4 km/j, jauh meninggalkan pemain Indonesia, Muhammad Rian Ardianto, yang mencatatkan 426.6 km/j.
Apa yang dicapai oleh pemain kelahiran Johor ini bukanlah kebetulan semata-mata, kerana pukulannya sekali lagi menduduki tempat ketiga dengan kelajuan 426.6 km/j.
“Memang untuk pasangan kami, menyerang itu memang kunci utama,” katanya.
Sementara itu, dalam kategori beregu campuran, Goh Soon Huat menjadi pemain terbaik dari Malaysia dengan berada di tempat ketiga bagi kelajuan smash, dengan 399.8 km/j.
Pemenang pingat emas Sukan Olimpik Paris 2024 bagi Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, Zheng Si Wei, menutup kariernya dengan cemerlang di kedudukan nombor satu bersama pemain Indonesia, Dejan Ferninansyah.