YouTuber UK jatuh cinta dengan burger Ramly dakwa burger terbaik pernah dimakan

Photo of author

By Syima Iza

YouTuber UK jatuh cinta dengan burger Ramly dakwa burger terbaik pernah dimakan. YouTuber itu yang bernama Heli menceritakan pengalamannya mencuba burger Ramly. Dengan suapan pertama, dia sudah jatuh cinta dengan burger tersebut.

Seorang YouTuber dari UK, berpeluang bercuti ke Malaysia baru-baru ini dan merasai pengalaman mencuba makanan tempatan yang semestinya mengiurkan.

YouTuber itu yang bernama Heli menceritakan pengalamannya mencuba burger Ramly. Dengan suapan pertama, dia sudah jatuh cinta dengan burger tersebut. Heli pada awalnya menginap di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Kebetulan ketika itu dia sedang lapar dan ingin keluar mencari makanan. Kemudian dia terjumpa sebuah gerai yang menjual burger Ramly.

YouTuber UK jatuh cinta dengan burger Ramly dakwa burger terbaik pernah dimakan

Ketika dia sampai di gerai terssebut, ada beberapa pelanggan yang beratur di situ dan sedang menunggu pesanan mereka untuk disiapkan. Heli menempah burger daging yang berharga RM10 di situ.

Dengan suapan pertama, dia telah jatuh hati dengan keenakan dan keempukan burger daging tersebut.
“Daging lembu, sangat berair. Sosnya, manis. Rotinya, dibakar dengan elok. Salah satu burger terbaik yang pernah saya makan. Saya suka, kawan.”
Malah dalam video yang dimuatnaik oleh Heli di laman YouTubenya, ramai netizen dari luar negara yang teringin mencuba burger ramly jika berpeluang ke Malaysia setelah mennton video dari Heli tersebut.

Baca Lagi:
Pelajar UPM hilang selepas pergi solat Jumaat
Mayat dikerat enam ditemui dalam bagasi tepi Lebuhraya Utara-Selatan
Pasangan kekasih lari sejauh 130km dikejar 10 MPV polis