YouTuber terkenal maut selepas ditikam rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung

Photo of author

By Syima Iza

Keadaan semakin genting apabila seseorang sanggup melakukan jenayah hingga membunuh hanya kerana ingin bersaing sebagai YouTuber yang menghasilkan konten paling hebat dan ‘laju’.

Itulah yang berlaku apabila seorang YouTuber Korea Selatan yang popular sebagai Joddoltv terbunuh selepas ditikam oleh rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung.

Lebih tragis lagi, insiden itu berlaku semasa Joddoltv sedang bersiaran langsung ketika menghadiri proses perbicaraan di mahkamah yang melibatkan dirinya dan suspek.

YouTuber terkenal maut selepas ditikam rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung

Penyerang dilaporkan mendekati Joddoltv sebelum menikamnya sekitar 9.25 pagi waktu tempatan. Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital berhampiran tetapi disahkan meninggal dunia.

Suspek yang melakukan serangan itu kemudian memuat naik video selepas menikam mangsa, menyatakan penyesalannya dan meminta maaf kepada semua pengikut yang telah lama menyokongnya.

Bagaimanapun, suspek turut menyatakan bahawa dia tidak boleh menerima sikap seseorang yang ingin ‘membunuh’ kegembiraan orang lain. Dia bersedia untuk bertanggungjawab atas perbuatannya.

YouTuber terkenal maut selepas ditikam rakan pesaing sewaktu bersiaran langsung

Pihak berkuasa tempatan berjaya menahan suspek dalam tempoh dua jam selepas video tersebut dimuat naik. Video itu kemudian ditarik daripada platform selepas suspek ditangkap.

Kedua-dua YouTuber yang saling mengenali satu sama lain dilaporkan sedang menjalani perbicaraan di mahkamah selepas Joddoltv melayangkan saman ke atas suspek yang didakwa sering menghinanya.
Baca Juga:
Had maksimum pengeluaran wang Akaun Fleksibel secara terus adalah RM250 sahaja sehari – KWSP
Belajar sampai sekolah menengah, wanita ini terima gaji sebulan lebih RM29,000
“Tanya bini you, dia ada saka ke?” – Lelaki hairan isteri sering ‘muncul’ di setiap lokasi dia berada