YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai ‘ibu bapa gila’

YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai ‘ibu bapa gila’

Pasangan YouTuber Jepun dituduh cuba meningkatkan jumlah pengikut media sosial mereka dengan menyiarkan video anak perempuan mereka yang berusia dua tahun terperangkap di dalam kereta, lapor Independent.

Pasangan yang juga pemilik saluran @raunano_family di YouTube menyiarkan video dengan tajuk, “Anak perempuan saya terperangkap dalam kereta di bawah matahari yang terik” pada 24 Mei lalu.

Kanak-kanak itu dilaporkan terkurung di dalam kereta selama kira-kira 30 minit.

YouTuber muat naik video anak terperangkap dalam kereta dikecam sebagai 'ibu bapa gila'

Sebaik sahaja siaran itu dipaparkan di YouTube, pelbagai reaksi diterima. Seorang pemerhati berkata, mereka adalah ibu bapa yang gila.

“Saya pernah menghadapi situasi sama, dan pada masa itu, hati saya hancur dan saya sangat gementar sehingga saya rasa saya tidak bernyawa. Sungguh mengagumkan bahawa seseorang boleh kekal tenang untuk merakam ini pada telefon mereka,” katanya.

“Adakah wang yang anda peroleh daripada mempertaruhkan nyawa anak anda membuatkan anda berasa baik?” kata seorang lagi pengguna.

Pada 31 Mei, pasangan YouTuber itu meminta maaf kepada pengikut mereka berikutan tindakan berkenaan, lapor South China Morning Post.

Mereka dalam video mengakui sangat menyesal kerana membuat video yang membuat semua orang tidak selesa.

Bagaimanapun, beberapa pengulas yang marah mendesak mereka menutup saluran YouTube mereka.

Ketika kejadian, si bapa merakam video itu ketika ketiadaan isterinya, dengan menunjukkan anak perempuannya yang berusia dua tahun secara tidak sengaja terkunci di dalam kereta.

Kejadian berlaku selepas dia dilaporkan meletakkannya di tempat duduk belakang, dan secara tidak sengaja menutup pintu dan menguncinya, semasa mengambil anak lelaki mereka dari tadika bersama dua anak perempuannya.

Walaupun bayi itu jelas kecewa, bapanya dituduh merakamnya semasa cuba mengarahkannya membuka kunci pintu, bukannya segera meminta bantuan.

Dia akhirnya menghubungi seorang tukang kunci untuk mengeluarkan kanak-kanak itu.

Baca Juga:
Lelaki terkaya Asia bayar Justin Bieber RM47 juta menyanyi di majlis praperkahwinan anak
‘Amoi’ mahu pilih calon suami bergaji rendah raih pujian ramai
‘Dah 10 tahun berkhidmat, ini kali pertama saya lihat pasangan senyum sebab kes khalwat’ – Staf agensi agama
CATEGORIES