YouTuber dakwa beli rumah banglo RM10 juta demi content, rupanya menyewa saja bukan owner pun!

Photo of author

By Syima Iza

Pada abad ke-21 ini, pasti semua orang idamkan kewangan yang kukuh serta hidup mewah, sebab jika diperhatikan semula, bukan semua orang mampu ada aset sendiri pada waktu muda, apatah lagi kalau aset itu tinggi nilainya.

Misalnya daripada seorang YouTuber yang kongsikan kemampuannya untuk membeli sebiji banglo yang harganya bernilai RM10 juta pada usia yang sangat muda.

Difahamkam, di dalam banglo itu, dekorasi di dalam rumah tersebut juga dilihat begitu eksklusif dan boleh dikatakan tuah buat YouTuber ini dapat menikmati gaya hidup mewah.

YouTuber dakwa beli rumah banglo RM10 juta demi content, rupanya menyewa saja bukan owner pun!

Bagaimanapun, seorang pelabur hartanah yang tertarik dengan perkongsian YouTuber itu, dia rasa terpanggil untuk mengetahui pemilik sebenar rumah tersebut bagi mendapatkan info yang sahih.

Menerusi perkongsian di Facebook, pelabur hartanah yang dikenali sebagai Ishaq ada kongsikan hasil pencarian maklumat berkenaan rumah mewah tersebut dan mendapati bahawa rumah itu adalah disewa dan masih belum terjual!

”Bila abam buat carian hak milik rupanya dia menyewa saja bukan owner pun.”

Malah, Ishaq juga ada berhubung dengan ejen yang menjaga hartanah itu dan mendedahkan bahawa pemilik rumah masih menjadi pembeli dan ingin menjualnya dengan harga RM 9.8 juta dan masih boleh nego. Malah rumah itu disewa dengan harga RM23,000.

“Abam cek dengan ejen tadi. Rumah still available. Unit ade penyewa. Macam mana dia claim dia sudah beli.”

YouTuber dakwa beli rumah banglo RM10 juta demi content, rupanya menyewa saja bukan owner pun!

Dalam catatannya, Ishaq turut meluahkan rasa terkilannya terhadap influencer dan YouTuber yang mempengaruhi golongan muda hari ini.

“Budak budak sekarang bila tanya nanti besar nak jadi apa. Nak jadi influencer/youtuber kaya raya tak perlu amik spm pun kaya.”

“Belajar tinggi-tinggi buang masa katanya, ini disebabkan pengaruh influencer yang potray diri diorang mewah dan berjaya.”

Ishaq juga mendedahkan bahawa dia telah mendengar banyak cerita tentang belia yang terjebak dalam hutang selepas terikat dengan pinjaman yang digunakan untuk ikut kemahuan mereka, bukannya keperluan.

Padanlah ramai sangat anak muda yang tanam cita-cita nak jadi influencer sekarang lepas habis sekolah.

Baca Juga:
‘”Aku memang benci tahap langit, tak akan maafkan dia’” – Gadis trauma, abang ipar intai tengah mandi pukul 11 malam
Bimbang tercurang, Hafiz Mahamad minta isteri sentiasa periksa telefon
Lelaki ditarik keluar dari kereta, diikat, dipukul hingga maut selepas langgar penghantar makanan