“You very jealous to me ?” – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur

“You very jealous to me ?” – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur

“You very jealous to me ?” – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur. Lumrah buat peniaga yang mana pelanggan yang membeli produk datang dari pelbagai latar belakang.

Oleh itu, sebagai penjual kita perlulah melayan pelanggan dengan baik dan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Ini supaya proses jual beli berjalan dengan lancar dan tidak berlakunya salah faham dalam berkomunikasi.

Kegagalan berkomunikasi dengan baik boleh menyebabkan pelanggan lari hingga menyebabkan peniaga kerugian.

"You very jealous to me ?" – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur

Seller kecantikan berang kena tegur dengan pelanggan cakap Bahasa Inggeris

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @_patennnnnnn, memaparkan perbualan WhatsApp seorang penjual (seller) yang berang ditegur kerana menggunakan Bahasa Inggeris ketika berbual dengan seorang individu yang dipercayai pelanggan.

Menerusi video tersebut, pelanggan itu telah bertanya beberapa soalan kepada seller terbabit termasuklah adakah dia ada menjual produk kecantikan kulit secara berasingan, kawasan yang boleh mereka berjumpa dan membuat pembayaran tunai semasa penghantaran (COD).

Pelanggan itu kemudian menyenaraikan beberapa jenis produk yang dimahukan serta bertanya adakah barangan itu ready stock (stok sedia ada) kepada wanita berkenaan.

@_patennnnnnnKusut 🤣 kau mmg paling bagus♬ original sound – _patennnnnnn

Dia lalu membalas menggunakan mesej suara dan berkata hanya mempunyai stok toner sahaja, namun dia tidak dapat membuat penghantaran kerana lokasi yang jauh serta meminta pelanggan itu untuk mengambil barangan tersebut sendiri di sebuah klinik.

Pelanggan tegur kerana tak faham dengan apa cuba disampaikan penjual

Pelanggan itu kemudian bertanya di manakah lokasi seller terbabit dan dia secara tiba-tiba menjawab menggunakan Bahasa Inggeris.

“I have above Kota Bharu je (Saya berada di atas Kota Bharu (KB) sahaja) and I cannot to turn to KB,” ujar seller itu.

Tetapi disebabkan tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan individu itu meminta agar dia bercakap dalam Bahasa Melayu sahaja.

“Cakap melayu je. Tak faham Bahasa Inggeris awak terabur,” katanya selain turut memaklumkan mahu membelinya dengan seller yang mempunyai stok sedia ada.

Mungkin geram ditegur Bahasa Inggeris terabur, seller itu menyatakan pelanggan berkenaan sebenarnya cemburu dengannya.

“Ouh maaf pasti awak sangat cemburu kepada saya bukan? Saya sangat benci awak serta sangat kesian kepada awak,” katanya di dalam Bahasa Inggeris.

Melihat di ruangan komen ramai yang terhibur dengan reaksi diberikan oleh seller berkenaan sehingga ada mendakwa wanita itu menggunakan alih bahasa dari google dan kemudian hanya membacanya semula.

“Tanya kawasan mana je yang melalut tu kenapa”

"You very jealous to me ?" – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur

“10 minit dia nak balas balik lepas dengar seller tu speaking”

"You very jealous to me ?" – Seller bengang kena tegur dengan pelanggan kerana cakap English terabur

Baca Lagi:
Emma Maembong ‘prank’ suami, umum hamil anak kedua
Penjaga zoo Kemaman cedera parah diserang gajah, perut tertusuk gading
Wanita sakit perut dakwa dihalang masuk ke bilik kecemasan hospital kerana berseluar pendek
CATEGORIES