YB Yeong Syefura jadi mangsa komen lucah, netizen mohon saman sampai terduduk. Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman tidak terkecuali daripada menjadi mangsa gangguan seksual dengan menerima kata-kata lucah tentang pemakaiannya.
Menerusi perkongsian gambarnya di Facebook, individu tersebut didakwa melemparkan komen bebaur lucah tentang pemakaiannya ketika turun padang melawat kawasan banjir kilat di Bukit Tinggi, Pahang.
Selain itu, Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Seri Huang Tiong Sii turut berada di dalam foto tersebut.
Kemudian, komen tersebut mendapat perhatian Syefura dan dia meluahkan rasa hairan gambar sedemikian boleh mendatangkan kata-kata lucah seperti itu.
“Pakai macam ni pun kena komen lucah,” ujarnya menerusi ciapan di Twitter dengan membalas kepada gambar individu tersebut.
Meninjau di ruangan komen ciapan tersebut, rata-rata netizen terkejut dengan komen itu dan menyarankan ahli Parlimen itu untuk membuat laporan polis.
Pakai macam ni pun kena komen lucah. https://t.co/eTCAEE7fZ5 pic.twitter.com/lEBwLlZyOD
— Rara 🇲🇾 (@youngsyefura) February 14, 2023
“Buat laporan polis YB. Gangguan ni.
“YB buat report terus. Manusia yang tiada akal ni kena ajar saman je. Saman sampai terduduk baru hendak berakal.
“Saman dia YB, baru dia tahu langit tinggi rendah,” komen netizen.