“Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan”

Photo of author

By Syima Iza

“Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan”

Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Nooryana Najwa berkongsi kisah sewaktu melawat bapanya di Penjara Kajang.

Menerusi perkongsian di Instagramnya pada Sabtu, Nooryana Najwa berkata, Najib memegang surat berkenaan keputusan Lembaga Pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Wilayah Persekutuan.

"Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan"

“Yana lihat daddy pegang sekeping kertas di tangan.

“Yana tanya, apa tu daddy? Rupa-rupanya itu kertas keputusan Lembaga Pengampunan,” katanya.

Beliau turut berkongsi pesanan bapanya bahawa akan ada hari nanti mereka akan kembali bersama.

“Jaga diri baik-baik, kekal positif. Akan ada peluang dan harinya kami bersama kembali,” ujarnya ringkas.

Menurut Noorliyana Najwa juga, Najib mengetahui ramai sahabat dan penyokongnya yang sedih serta kecewa.

“Percayalah, Datuk Seri Najib sedang buat apa yang terdaya dan termampu untuk kembali bersama semua,” tambahnya.

Pada Jumaat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ke-61 yang memutuskan hukuman terhadap Najib diberi pengurangan 50 peratus bagi hukuman penjara.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri berkata, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028.

Denda yang perlu dibayar Najib sebanyak RM210 juta dikurangkan kepada RM50 juta.

Baca Juga:
Jurulatih renang dalam ketakutan kereta diletupkan Along depan rumah
Pak Guard bertuah dapat autograph David Beckham, jumpa depan-depan siap pegang badan pula
Wanita hamil 12 minggu kongsi cerita sedih dibuang kerja, jual laksa demi kelangsungan hidup