“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu” – Kucing tersangkut atas pokok 60 meter gara-gara kejar burung

“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu” – Kucing tersangkut atas pokok 60 meter gara-gara kejar burung

“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu” – Kucing tersangkut atas pokok 60 meter gara-gara kejar burung.

Kenakalan seekor kucing oren tersangkut pada pokok berketinggian lebih 60 meter sekali lagi berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Kejadian itu berjaya dirakam @bossmeouu menerusi sebuah video sebelum dimuat naik di laman TikTok baru-baru ini.

“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu" - Kucing tersangkut atas pokok 60 meter gara-gara kejar burung

Difahamkan, kucing tersebut tersangkut gara-gara ingin mengejar burung.

Oyen tersebut bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh sekumpulan lelaki yang menyambutnya menggunakan kain rentang berwarna biru.
Menerusi video 24 saat itu, kucing tersebut dilihat terus melarikan diri selepas dirinya diselamatkan sehinggakan ada pengguna yang berkata dirinya segan.

“Dia punya segan, terus lari,” kata Adib.

“Oyen kalau tak buat hal, tak sah. Bukan nak ucap terima kasih, cabut lari macam tu je,” kata Juraini_ amy221.

Selain itu, ada juga beberapa komen yang menyifatkan gelagat oyen itu sia-sia sahaja menyebabkan nyawanya diancam.

“Ya Allah oyen, nyawa dah di hujung tanduk dah tu,” kata Nur. Akma.

Ada juga yang berseloroh nyawa oyen tersebut sudah berkurang menjadi tujuh.

“Perempuan mana yang patahkan hatimu oyen,” gurau seorang pengguna sosial.

Video tersebut telah meraih 1.1 juta tontonan dan 56,000 ribu reaksi orang ramai.

Baca Lagi:
‘Empat puluh minit Datuk, anak saya merintih macam ayam kena sembelih’
“Doakan saya syahid” – Fatiya Latiff mahu ke bumi Gaza tahun depan
Pegawai kanan polis ditahan langgar mati pelajar 17 tahun depan sekolah
CATEGORIES