Woi, tutup telefon kau!” – Pemandu Proton Iriz main game ketika memandu kena tengking

Photo of author

By Syima Iza

Satu rakaman video telah menjadi tular yang menunjukkan seorang lelaki yang marah-marah dan memarahi pemandu Proton Iriz atas dugaan memandu secara berbahaya.

Dalam rakaman berdurasi 57 saat itu, pemandu kereta merah tersebut dimarahi kerana disyaki bermain permainan video ketika memandu di jalan raya.

“Woi, tutup (matikan) telefon kau! Main game dalam kereta… apa hal?

“Accident nanti karang (kemudian),” kata lelaki tersebut dengan emosi kepada pemilik Proton Iriz tersebut.

Woi, tutup telefon kau!" - Pemandu Proton Iriz main game ketika memandu kena tengking

Kejadian ini dilaporkan berlaku di Lebuhraya Persekutuan pada Jumaat, dirakam melalui kamera papan pemuka kenderaan (dashcam).

Dalam video tersebut, pemandu yang memandu di lorong kanan beberapa kali menekan brek walaupun jarak dengan kereta di hadapan masih jauh.

Rakaman ini juga menimbulkan kemarahan orang ramai yang berkongsi pengalaman serupa sebelum ini.

“Kalau betul dia main telefon memang bodoh. Ramai memandu sambil bermain telefon sekarang ni. Pasang je dashcam. Banyak pemandu gila sekarang ni.

“Orang yang bermain telefon di lorong kanan ni ada cara untuk dikesan. Asyik menekan brek padahal tiada halangan di hadapan. Lepas itu, jarak dengan kereta di depan masih jauh. Lepas itu, tiba-tiba akan laju mendekati kereta di hadapan, kemudian jaraknya akan jauh semula,” ujar beberapa individu dalam media sosial.

Baca Juga:
Ibu bunuh anak OKU 6 tahun, lempar dalam lubuk buaya
Budak motor tunda Avanza guna sebelah kaki raih perhatian netizen
Pelajar cemerlang sanggup bawa asid dari Johor ke Kelantan, simbah rakan baik hingga cedera parah