Wisma Putra sahkan Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran

Photo of author

By Syima Iza

Wisma Putra sahkan Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran.

Wisma Putra mengesahkan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran.

Jurucakapnya berkata, Johari yang mengadakan pertemuan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam dijangka pulang ke tanah air, hari ini.

Wisma Putra sahkan Tan Sri Johari Abdul berada dalam keadaan selamat di Iran

“Ya, kita mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Dato’ Johari bin Abdul selamat dan akan meninggalkan Iran, malam ini,” katanya menerusi kumpulan WhatsApp media Kementerian Luar, hari ini.

Beliau berkata demikian menerusi jawapan mesej ketika ditanya mengenai keselamatan Johari susulan Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kediaman pemimpin itu di ibu negara Iran, Tehran, awal pagi tadi. Semalam, dalam kenyataan media, Johari mengadakan pertemuan dengan Pezeshkian sempena pemilihan dan pelantikan beliau sebagai Presiden Republik Islam Iran.

Sementara itu, kumpulan pejuang Palestin Hamas dalam kenyataan hari ini berkata, mereka berkabung atas kematian Haniyeh, yang dikatakan terbunuh dalam ‘serangan khianat Zionis ke atas kediamannya di Tehran’.

“Saudara, pemimpin, mujahid Ismail Haniyeh, ketua pergerakan kita, syahid dalam serangan Zionis di ibu pejabatnya di Tehran selepas beliau menyertai pelantikan presiden baharu (Iran),” katanya.

Haniyeh berada di Tehran untuk menghadiri majlis angkat sumpah Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, semalam.

Baca Juga:
Pengantin perempuan minta cerai selepas 3 minit berkahwin
‘Tak masuk akal’ – Peniaga jual french fries 10 batang harga RM19 kena kecam
Ulat sampah dalam makanan dan sup, lelaki alami keracunan selama 5 hari