
Wisma Jakel Shah Alam terbakar
Wisma Jakel Shah Alam terbakar. Wisma Jakel tiga tingkat di Seksyen 7 di sini, musnah dalam kebakaran pada pagi Ahad.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi.
Menurutnya, sebanyak tujuh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) dari Shah Alam, Kota Anggerik, Subang, Kota Raja, Damansara, Sungai Pinang dan Puchong digerakkan ke lokasi kejadian.
“Seramai 38 pegawai dan anggota dari tujuh BBP kemudiannya ke lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad
Norazam berkata, kebakaran 80 peratus itu melibatkan bahagian dalaman satu lot kedai tiga tingkat berkenaan.
Live update : Wisma Jakel terbakar π₯ pic.twitter.com/SnMDPqU7ho
β π (@Nhr_37) December 31, 2022
Beliau memberitahu, kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan setakat ini, namun tidak membabitkan sebarang kemalangan dan kehilangan nyawa.
“Pada masa ini, bomba sedang berusaha mengawal api daripada timbunan kain yang terbakar,” ujarnya.
[TERKINI] Wisma Jakel Shah Alam terbakar. Beberapa netizen mula kongsi video dan foto kejadian. pic.twitter.com/PMKnsJ7kvc
β Media Selangor (@Media_Selangor) January 1, 2023
Gedung tekstil Jakel di Seksyen 7, Shah Alam terbakar pagi ini. @BuletinTV3
πΉ: sumber netizen pic.twitter.com/7L3PrSvX5n
β KAMARUDDIN MAPE (@kamayNewsMPB) January 1, 2023