Wira Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Hospital Putrajaya

Wira Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Hospital Putrajaya

Wira Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Hospital Putrajaya.

Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Insititut Endokrin Hospital Putrajaya.

Beliau yang bersara sebagai Ketua Pengarah Kesihatan pada 19 April lalu secara rasmi memulakan tugasnya hari ini.

“Saya akan mula sesi pembedahan pada setiap hari Isnin dan menjalankan klinik pada setiap hari Selasa. Semoga Institut Endokrin ini akan dapat memperkukuhkan lagi perkhidmatan perubatan dan pembedahan endokrin dalam negara dan seterusnya kekal menjadi pusat kecemerlangan bertahap antarabangsa. Insya-Allah,” katanya di Twitter.

Wira Covid-19, Dr Noor Hisham Abdullah kembali bertugas sebagai pakar bedah di Hospital Putrajaya

Institut Endokrin meliputi sebuah blok 10 tingkat dengan 220 buah katil, unit rawatan rapi dengan 10 katil untuk dewasa dan lapan pediatrik.

Ia turut mempunyai dewan bedah hibrid Neuro-Endokrin Berintegrasi serta empat dewan bedah yang telah pun mula beroperasi pada minggu lepas.

Penubuhan Institut Endokrin Hospital Putrajaya diilhamkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam dengan Noor Hisham sebagai penggerak utamanya.

Pembukaan fasiliti kesihatan baharu itu dibuat semasa Khairy Jamaluddin menjadi Menteri Kesihatan pada 2022 di mana Dr Noor Hisham juga hadir sebagai Ketua Pengarah Kesihatan ketika itu.

Projek berkenaan menalan kos keseluruhan RM348 juta itu turut dilengkapi gelanggang serbaguna pada aras enam.

Dr Noor Hisham dianggap antara wira dalam perang melawan pandemik Covid-19.

Bapa kepada enam anak yang kini berusia 60 tahun itu memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013.

Baca Lagi:
Tahukah anda negara Jepun berjaya tanam padi dalam bangunan sejak 2 tahun yang lalu?
Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha tuntut wang RM10,000 daripada Astro
Cara nak tahu ais batu dalam minuman sejuk yang kita pesan di restoran guna air masak atau air paip
CATEGORIES