Wee Ka Siong dedah terima surat saman selepas bawa telur ayam di dewan rakyat

Wee Ka Siong dedah terima surat saman selepas bawa telur ayam di dewan rakyat

Wee Ka Siong dedah terima surat saman selepas bawa telur ayam di dewan rakyat. Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendedahkan beliau menerima surat saman daripada pengimport telur dari India susulan kenyataannya pada sidang Dewan Rakyat minggu lalu mengenai isu kekurangan telur.

Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bingung dengan tindakan tersebut menegaskan, pentas Dewan Rakyat merupakan platformnya untuk mengutarakan masalah yang dihadapi rakyat.

“Cuma saya hairan apabila saya berucap di sini (Dewan Rakyat), saya (ada) terima surat daripada peguam yang mewakili pengimport dari India. Itu yang saya tak faham dan saya ditegah untuk berucap.

Wee Ka Siong dedah terima surat saman selepas bawa telur ayam di dewan rakyat

“Ini yang teruk. Sebab itu saya ada jawab nanti, tengok Facebook saya. Saya kena tunjukkan. Ini medan saya sebagai wakil rakyat.

“Saya rasa terpanggil untuk membawa isu ini (kekurangan telur). Apa salah saya sehingga pengimport melalui peguam tulis surat (saman) kepada saya. Ini floor (platform) saya,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Rabu lalu, Ka Siong yang juga Presiden MCA mencuri tumpuan Dewan Rakyat apabila membawa tiga biji telur ayam sebagai perbandingan semasa mengutarakan isu kekurangan stok telur.

Bekas Menteri Pengangkutan itu menggesa Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu memberi tumpuan berkenaan kekurangan telur ayam tempatan dan bukannya mengimport telur untuk menampung keperluan domestik.

Sementara itu ketika menjawab pertanyaan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin (PN-Putrajaya) adakah bersetuju untuk kerajaan menyatakan nama syarikat serta bantuan yang diberi kepada pihak terlibat, Ka Siong menegaskan beliau tidak berminat untuk mengetahuinya.

“Saya tidak minat, saya tidak sebut syarikat apa dan saya tak nak tahu (nama syarikat). Tetapi kalau Yang Berhornat (Mohd Radzi) nak tahu, kena tanya menteri (Mohamad) yang jawab,.

“Sebab siapa yang dapat, ada elemen subsidi (atau tidak), saya tak nak tahu, saya tidak cakap apa-apa. Tak cakap pun sudah kena saman, saya pun tidak tahu apa (berlaku) ini,” selorohnya.

Baca Lagi:
Bila kantung negara cukup baik, saya akan utamakan penjawat awam – PM Anwar
2 lelaki, seorang wanita lakukan seks di atas jejantas di tahan polis
Isteri berkurung 3 tahun takutkan Covid-19, suami terpaksa menyewa rumah lain
CATEGORIES