Wawa Zainal seloroh nak jual suami harga RM5 juta buat netizen terkejut.
Pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menarik perhatian warganet apabila bergurau mengenai ingin menjual suaminya, Aeril Zafrel.
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, pelakon yang popular dengan filem 99 Kali Rindu itu memberitahu bahawa jika ada individu yang ingin menjadi isteri kedua Aeril, mereka perlu membayar wang sebanyak RM 5 juta.
“Dia nak bermadu dengan saya, RM 5 juta.
“Aeril untuk dijual bernilai RM 5 juta, ada? Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara yang nak beli awak macam mana tu?” kata Wawa.
Wawa berkata demikian selepas mendapat komen daripada seorang wanita bernama Nana yang menyatakan hasrat untuk menjadi isteri kedua kepada suaminya. Pada masa yang sama, Wawa atau nama lengkapnya Nur Hawa Zainal Abidin, 33, sempat bertanya kepada Aeril adakah dia bersetuju sekiranya menerima tawaran tersebut.
Namun, pelakon Cinta Kura-Kura itu menyifatkan soalan Wawa sebagai satu pertanyaan yang tidak masuk akal.
“Soalan bod*h apa ni?” kata Aeril.
@wawacosmeticsofficialAeril untuk dijual 😂
Menjengah ke ruangan komen, netizen memberi teguran dan meminta supaya aktres tersebut menjaga percakapan meskipun itu hanyalah sekadar gurauan.
“Orang sekarang cakap main sembur je, padahal kata-kata tu nanti kena flashback jadi sakit.
“Cakap itu satu doa.
“Cakap-cakap bukan-bukan, nanti termakbul.
“Kalau betul dia boleh bagi RM 5 juta, putih mata. Jangan cakap yang pelik-pelik, kata-kata satu doa,” kata netizen di ruangan komen.
Sekadar info, Wawa dan Aeril mendirikan rumah tangga pada 2013. Pasangan itu dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 11, Hayla Maghratul Adzkiyaa, 8, Ayya Soffya, 4, dan Muhammad Fahri, tiga tahun.