Wartawan sedang bersiarang langsung nyaris kena cium

Wartawan sedang bersiarang langsung nyaris kena cium

Wartawan sedang bersiarang langsung nyaris kena cium.

SEORANG wartawan yang sedang mengendalikan siaran langsung dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang secara tiba-tiba merangkul dan mahu menciumnya.

Ketika kejadian yang berlaku pada 2 Oktober lalu, Bianca Chaboudet, 25, sedang membuat liputan secara langsung di Rio de Janiero, Brazil.

Wartawan sedang bersiarang langsung nyaris kena cium

Secara tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dari belakang, merangkulnya dan cuba untuk mencium wajahnya.

Bianca yang nyata terkejut secara spontan menolak lelaki berkenaan dan meneruskan siaran langsungnya.

Insiden tersebut nyata meninggalkan pengalaman pahit buat Bianca dan wartawan itu berkongsi mengenainya di Instagram.

“Hanya saya saja yang tahu betapa sukar untuk meneruskan liputan berita ketika itu. Kaki saya terasa goyah.

“Dia malah berhenti di belakang peralatan saya dan berkata beberapa perkara yang tidak dapat didengari kerana saya meneruskan laporan. Ia adalah perasaan yang mengerikan,” kongsi Bianca.

Bianca turut memuji jurukameranya, Julius Costas, yang berlari untuk memastikan keadaannya ketika itu.

Baca Lagi:
Anak gaduh berebut ‘cop’ parking motor bawah flat, bapa polis masuk campur ditertawakan netizen
Ini 5 cara selesaikan masalah hutang sekiranya anda terjebak dengan hutang ‘Ah Long’
“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan” – Pemilik restoran Dol Mat Seafood rupanya ibu saudara Linda Hasyim
CATEGORIES