“Waris pun tak berani masuk”- Ahli paranormal kongsi pengalaman ketika masuk rumah penari istana

Photo of author

By Syima Iza

“Waris pun tak berani masuk”- Ahli paranormal kongsi pengalaman ketika masuk rumah penari istana.

Baru-baru ini, seorang ahli paranormal telah menarik perhatian netizen selepas dia mengunjungi sebuah rumah usang yang terletak di Perak. Rumah tradisional Melayu itu dikatakan menyimpan pelbagai misteri yang menarik perhatian ramai.

Permintaan Waris Pemilik Rumah

"Waris pun tak berani masuk"- Ahli paranormal kongsi pengalaman ketika masuk rumah penari istana

Menerusi perkongsian di akaun TikTok miliknya, ahli paranormal yang dikenali sebagai Milo menjelaskan bahawa kunjungannya ke rumah tersebut adalah atas permintaan seorang individu yang mendakwa dirinya waris kepada pemilik asal rumah itu.

“Nenek saya penari Istana Bukit Candan, Kuala Kangsar. Dalam rumah tu ada banyak barang antik seperti katil, piring hitam, tombak, dan tembaga.”

Waris itu turut menceritakan bahawa selepas datuk dan neneknya meninggal dunia, rumah tersebut dibiarkan begitu sahaja, dan anak-anak tidak berani mengambil barangan yang ada di dalamnya.

@puteramiloo ADAKAH ANDA BERSEDIA NAK MENYAKSI KAN LIVE SAYA MERUNGKAI LOKASI INI ATAS PEMINTAAN PIHAK WARIS .. INI CERITA YANG DISAMPAI KAN OLEH WARIS TERSEBUT .. JANGAN LUPA BERAMAI2 MENANTI KAN SAAT LIVE SAYA DI ( RUMAH PUSAKA NENEK ) NANTI #kualakangsar #BapakBeruang #SoloExploreMilo #fyp #TeamBeruang ♬ Seram & Tegang – Chapluk

“Bapa saudara saya pernah ambil bunga pacak dan talam tembaga. Malam itu, belakang badannya dicakar-cakar sehingga berdarah. Akhirnya, dia memulangkan semula barang yang diambil.”

"Waris pun tak berani masuk"- Ahli paranormal kongsi pengalaman ketika masuk rumah penari istana

Menurutnya lagi, rumah tersebut dipercayai ada penunggu. Setiap kali ada yang cuba mengambil barang antik yang ditinggalkan, mereka akan mengalami gangguan mistik sebelum memulangkan semula barang itu ke rumah tersebut.

Gangguan Ketika Misi Paranormal

Berkongsi pengalaman kepada mStar Online, Milo berkata, dia menjalankan misi di rumah itu bersama seorang ustaz dan mengalami gangguan sejak awal ketibaan mereka.

“Kami sampai di lokasi pada pukul 11 malam. Semasa sedang memasang kamera untuk siaran langsung di TikTok, tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh dari dalam rumah. Seolah-olah ‘dia’ tak suka kami datang. Baru saja bagi salam, barang jatuh lagi.”

Walaupun menghadapi gangguan, mereka tetap masuk ke dalam rumah tersebut. Namun, Milo kecewa kerana siaran langsung terganggu akibat sambungan internet yang teruk.

“Dalam rumah itu ada banyak barang lama seperti cucuk sanggul, piring hitam, lampu pelita minyak tanah, dan radio lama. Hampir sejam di dalam, saya terdengar bisikan halus berkata ‘pergi!’. Viewers live juga mendengar suara itu yang bunyinya seperti suara seorang nenek. Wallahualam.”

Pengalaman Berharga

Walaupun tiada kelibat yang kelihatan, Milo menganggap pengalaman ini antara yang paling unik sepanjang dua tahun penglibatannya dalam bidang paranormal.

“Kita tak perlu takut kerana setiap makhluk adalah ciptaan-Nya. Saya akan kembali ke rumah ini untuk menyiasat lebih lanjut.”

Perkongsian ini mendapat perhatian ramai, yang teruja dan kagum dengan keberanian Milo meneroka misteri rumah usang tersebut.

Baca Juga:
Ramai pengguna tidak tahu fungsi ‘Headrest’ yang sebenar, bukan tempat rehat kepala!
Influencer pam susu badan sendiri tawar kepada rakan sekerja buat netizen hampir termuntah
Pelakon terkenal ‘Masyuk’ jana pendapatan lebih RM50k sebulan menyamar jadi pengemis