Warganet terkejut lihat wajah sebenar Alan Walker ketika makan di kedai Uncle Roger.
Sempana konsert di Sungai Besi baru-baru ini, DJ terkemuka, Alan Walker sempat mengunjungi kedai makan milik influencer terkenal, Uncle Roger yang terletak di Kuala Lumpur.
Beliau bekerjasama dengan Uncle Roger untuk mengadakan sesi meet & greet sebelum konsert bermula. Konsert kali ini bertujuan untuk menggantikan konsert yang sepatutnya berlangsung pada bulan Jun lalu, namun terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh @marcus_chia, penyanyi British-Norway itu mengejutkan para peminatnya dengan mengenakan pakaian rasmi pekerja kedai Uncle Roger sambil membawa makanan yang ditempah.
Sambil melayan peminat, Alan juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri makanan yang terhidang di hadapannya.
Menerusi komen yang ditinggalkan Alan Walker pada video tersebut, beliau menyatakan bahawa makanan itu sangat sedap dan menyelerakan.
@marcus_chia @Alan Walker at @FUIYOH! It’s Uncle Roger 🇲🇾 He approved his fried rice!! 🔥🔥 @Nigel Ng (Uncle Roger) #ForYou #ForYouPage #FYP #TikTokTrends #Viral #Trending #ExplorePage #Love #Dance #Challenge #Malaysia #KualaLumpur #MalaysiaTikTok #KL #VisitMalaysia #MalaysianVibes #MalaysianCulture #FoodMalaysia #KualaLumpurCity #AlanWalker #Walkerverse #WalkerWorld #EDM #WalkersJoin #WalkerWorldMalaysia #AlanWalkerLive #WalkerverseTour #UncleRoger #FriedRice #EggFriedRice #UncleRogerApproved #RiceIsLife #Fuiyoh #Haiya ♬ Faded – Alan Walker
“Sangat gembira jumpa anda semua! Kombo (makanan) itu sangat sedap,” komen Alan Walker.
Dalam pada itu, ada warganet yang mengatakan ini kali pertama mereka melihat wajah sebenar Alan Walker, kerana beliau selama ini sering tampil dengan topeng di atas pentas.
Ada juga netizen yang berseloroh bahawa muka Alan Walker seiras dengan bintang pemain bola sepak antarabangsa, Harry Kane.