Warganet luah rasa marah minta pihak produksi boikot Hafidz Roshdi

Warganet luah rasa marah minta pihak produksi boikot Hafidz Roshdi

Warganet luah rasa marah minta pihak produksi boikot Hafidz Roshdi. Ternyata tindakan Hafidz itu mengundang pelbagai reaksi daripada kebanyakkan pihak yang rata-ratanya berang dengan pelakon Bisik-Bisik Gelora itu yang menaikkan tanggan kepada isterinya.

Terkini, berdasarkan pemerhatian di media sosial, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dan berpendapat Hafidz patut digam daripada industri hiburan tanah air.

Malah, ramai menyuarakan agar penerbit dan pengarah tempatan untuk memboikot Hafidz daripada mana-mana stesen televisyen (TV).

Warganet luah rasa marah minta pihak produksi boikot Hafidz Roshdi

Lebih mengejutkan, ada juga netizen yang berpendapat sekiranya terdapat mana-mana penerbit ataupun pengarah yang mengambil Hafidz berlakon tidak akan menguntungkan.

Sehingga kini, Hafidz masih berdiam diri dan tidak memberi sebarang kenyataan mengenai kemelut rumah tangganya itu.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelakon lelaki yang menumbuk isterinya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh ditahan polis pada Sabtu.

Februari lalu, Nurul Shuhada tampil mengejutkan ramai apabila membuat pendedahan mengenai status rumah tangga mereka yang didakwa berantakan gara-gara munculnya orang ketiga.

Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata, Humairah, 6, dan Umar yang kini berusia dua tahun.

Baca Lagi:
‘Dah cerai pukul pula’ – Keluarga dedah Hafidz Roshdi tumbuk isteri hingga cedera
Isteri Hafidz ada hubungi saya, minta nasihat – Puteri Sarah
Pelakon sensasi Hafidz Roshdi ceraikan isteri dengan talak satu bersaksikan keluarga
CATEGORIES