Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Photo of author

By Syima Iza

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Pelakon dan usahawan, Rozita Che Wan, didakwa menggunakan duit kertas berjumlah RM100 yang disyaki palsu kerana mahu menunjukkan wangnya berkepuk.

Dakwaan tersebut timbul dalam sebuah video tular di aplikasi TikTok yang memaparkan Rozita atau lebih mesra dikenali sebagai Che Ta mengajak pengikutnya untuk berbelanja, sekaligus berpeluang untuk memenangi hadiah wang tunai.

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

“Hari ini kita nak pergi shopping. Kalian berpeluang untuk memenangi wang berkepuk-kepuk ini,” katanya.

Bagaimanapun, apa yang menjadi perhatian ramai adalah wang bernilai RM100 yang didakwa telah dicetak menggunakan kertas putih biasa.

Rata-rata netizen mengkritik Che Ta setelah ‘kantoi’ menggunakan duit palsu.

“Perasan tak duit RM100 tu atas dia kosong dan putih saja,” kata netizen.

“Duit fotostat ke tu?,” tulis netizen lain.

“Bersih dan suci warna duit RM100 tu. Baru lepas hantar dobi ke?,” ujar netizen.

@mk_mediia Membalas kepada @pengirandemak #rozitachewan #cheta #tiktoknews #beritatiktok #mkmedia #mkmediamalaysia ♬ bunyi asal – Media Update

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Warganet dakwa Che Ta ‘Print’ RM100 guna kertas putih nak tunjuk duit berkepuk?

Sebelum ini, nama Che Ta hangat menjadi sebuan ramai setelah didakwa berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sebanyak RM1 juta.

Meskipun menjadi sorotan ramai, namun Che Ta dilihat kekal tenang menghadapi kontroversi itu.

Baca Lagi:
Wanita berangan ‘Kahwin anak raja’ diburu polis
Wanita paling kedekut dalam sejarah, kedekutnya melampau-lampau
Peguam bapa bayi ‘Ditahan’ di hospital beri amaran tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman