Warga emas terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat

Warga emas terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat

Warga emas terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat. Susulan daripada gempa bumi yang menggegarkan selatan Turkiye dan utara Syria, kini usaha pencarian dan penyelamatan sedang giat dijalankan.

Anggota keselamatan dan orang awam dilihat sama-sama membantu dalam misi itu, hingga pelbagai reaksi dan momen berlaku sejak Isnin lalu.

Antaranya, usaha menyelamatkan seorang warga emas yang masih terperangkap dalam runtuhan bangunan ini yang dimuatnaik oleh Mohammad Smiry berdurasi 36 saat.

Warga emas terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat

Video itu dirakam disalah satu kawasan terjejas Turkiye memaparkan seorang warga emas kelihatan masih terperangkap dan tidak dapat dikeluarkan, mungkin kerana ada halangan yang menyukarkan proses menyelamat.

Bagaimanapun warga emas itu sempat meminta air bagi mendirikan solat meskipun keadaan dirinya masih terperangkap dibawah timbunan.

“Seorang warga emas meminta air untuk mengerjakan solat, sementara orang ramai memberitahunya bahawa dia boleh mengerjakan solat dalam situasi tersebut,” melalui kapsyen Muhammad Smiry di akaun Twitter miliknya.

Baca Lagi:
Adakah akan disaman jika gagal menunjukkan cukai jalan digital? Ini penjelasan Anthony Loke
Gempa Syria: Bapa maut berada posisi duduk lindungi anak masih hidup
Kisah Geng Mamak rompak jongkong emas RM12 juta hanya dalam masa 20 minit
CATEGORIES