Warga emas terkejut besar wang RM18,000 tidak dituntut atas namanya ketika berkunjung ke reruai MOF

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas terkejut besar wang RM18,000 tidak dituntut atas namanya ketika berkunjung ke reruai MOF.

Inilah yang dinamakan rezeki yang tidak disangka-sangka.

Kementerian Kewangan (MOF) menerusi posting di X semalam berkongsi satu kisah menarik mengenai seorang warga emas di Miri, Sarawak.

Warga emas terkejut besar wang RM18,000 tidak dituntut atas namanya ketika berkunjung ke reruai MOF

Menurut posting itu, dalam Program MADANI Rakyat (PMR) 2024 yang diadakan di Boulevard Mall Miri baru-baru ini, seorang warga emas telah berkunjung ke reruai MOF untuk mendapatkan perkhidmatan.

Namun, tidak disangka-sangka apabila disemak, warga emas itu rupa-rupanya mempunyai Wang Tidak Dituntut atas namanya berjumlah RM18,000!
Susulan itu, MOF akan mengkreditkan Wang Tidak Dituntut milik warga emas berkenaan ke dalam akaun bank individu tersebut dalam tempoh 30 hari selepas Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Cawangan Miri) menerima dokumen lengkap.

Menerusi posting itu juga, dapat dilihat warga emas berkenaan, yang dikaburkan wajahnya, bergambar dengan pegawai MOF termasuk En Zainuddin bin Manaf, Pengarah Akauntan Negara Sarawak, dan Mohd Nazri Hassan, Pengarah Cawangan Akauntan Negara Miri.

Alhamdulillah, rezeki pakcik ini. Bagi sesiapa yang ingin memeriksa sama ada mempunyai wang tidak dituntut, boleh lawati laman sesawang eGUMIS di sini.

Baca Lagi:
Khas buat rakyat Malaysia yang melancong ke Thailand, jangan percaya dengan penampilan peniaga yang pakai tudung
Penemuan 7 piramid di Tasik Chini, Pahang jadi tanda tanya orang ramai
Warga emas belanja hampir RM2,000 setahun untuk beli ayam goreng setiap hari kepada kucing jalanan buat ramai tersentuh