Warga emas tak ambil ‘jamu’ rogol pelajar sekolah menengah 109 kali

Warga emas tak ambil ‘jamu’ rogol pelajar sekolah menengah 109 kali

Warga emas tak ambil ‘jamu’ rogol pelajar sekolah menengah 109 kali. Seorang warga emas dari Wonosari di bandar Klaten, Jawa Tengah ditahan polis selepas didapati merogol seorang pelajar sekolah menengah sehingga 109 kali.

Lapor Detik, lelaki yang dikenali dengan inisial G, merogol remaja perempuan itu sehingga mangsa melahirkan anak.

Lelaki berusia 60 tahun itu membuat pengakuan tersebut dalam sidang akhbar yang diadakan di Ibu Pejabat Polis Klaten, baru-baru ini.

Warga emas tak ambil 'jamu' rogol pelajar sekolah menengah 109 kali

G mengakui dia kerap merogol pelajar sekolah itu sehingga terlupa berapa kali melakukan perbuatan terkutuk itu.

Menurut G, dia mengumpan mangsa dengan membelikannya kad tambah nilai kredit telefon bimbit dan internet terlebih dahulu sebelum melakukan perbuatan itu.

Warga emas tak ambil 'jamu' rogol pelajar sekolah menengah 109 kali

“Ya banyak kali dan tak ambil jamu, lokasi sering bertukar, kadang-kala di rumah saya, mangsa atau di hotel,” katanya.

Tambah G, dia mampu memperdaya mangsa kira-kira tiga hingga empat kali dalam tempoh seminggu.

Dilaporkan, suspek ditahan polis di Cirebon, Jawa Barat.

Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah (Reskrim) Polis Klaten, Febriyanti Mulyadi berkata, ekoran perbuatan suspek itu, mangsa menjadi hamil dan melahirkan seorang bayi.

“Bayi itu kini dijaga oleh keluarganya. Suspek merogol mangsa dari April 2022 hingga November 2022 sebanyak kira-kira 109 kali,” katanya.

Baca Lagi:
Masih ada wanita nak goda saya walaupun sudah berusia 55 tahun – Faizal Hussein
Akibat dipaksa kerja lebih masa, pekerja stesen TV mati di meja pejabat
Warga emas terperangkap bawah runtuhan minta air untuk solat
CATEGORIES