Warga emas setia tunggu isteri di wad hospital setiap hari tak kira siang & malam buat ramai sebak.
Tindakan seorang lelaki warga emas yang tetap setia menunggu isterinya yang sedang menerima rawatan di wad setiap hari, tidak kira siang atau malam, mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.
Gambar lelaki tersebut yang menemani isterinya di wad hospital telah tular di media sosial selepas dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, @puteryintan, dan menerima pujian daripada orang ramai yang kagum dengan kesetiaan pasangan warga emas itu.
“Aku sendiri nak menangis tengok pak cik ni tunggu isteri dia. Setia betul tunggu isteri dia siang malam. Boleh tak kalau nak macam ni juga tua nanti.
“Jururawat minta dia tunggu di luar sebab nak periksa ECG pun dia masih cuba tengok dari luar macam tu.
“Alahai pak cik, saya cemburu betul dengan mak cik. Saya doakan mak cik diberikan kesihatan berpanjangan supaya pak cik dan mak cik dapat sama-sama macam selalu,” katanya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mendoakan pasangan tersebut dan memuji keutuhan cinta mereka.
“Cinta orang dulu memang lain daripada yang lain. Saling melengkapi, terima apa adanya kat pasangan. Tak macam orang zaman sekarang. Ada kekurangan sikit kata tak sekufu,” komen seorang pengguna TikTok.
“Orang dulu bercinta dengan sangat tulus. Sekarang ni lain… Kita pun takut nak ambil risiko kalau nak berkenalan dengan seseorang,” ujar yang lain.