Warga emas selamba beli barang dapur guna duit mainan

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas selamba beli barang dapur guna duit mainan.

Seorang wanita berusia 78 tahun di Lumajang, wilayah Jawa Timur, telah ditahan selepas membeli beberapa barangan keperluan asas menggunakan wang kertas mainan, lapor portal berita Tribunnews semalam.

Ketua Polis Tempeh, Inspektor Samsul Arifin, memaklumkan bahawa suspek yang dikenali sebagai Kunci Wasiawati telah membelanjakan kira-kira 390,000 rupiah (RM110) di sebuah kedai runcit berhampiran rumahnya.
Warga emas selamba beli barang dapur guna duit mainan
Gambar hiasan

“Pemilik kedai membuat laporan kepada polis selepas mendapati wang kertas yang diberikan kelihatan mencurigakan.

“Semua wang kertas tersebut adalah wang mainan dan bukan wang palsu, tetapi rekaannya sangat mirip dengan wang sebenar,” ujar Samsul.

Pihak polis juga menemui sejumlah besar wang kertas mainan yang disimpan oleh suspek, bernilai jutaan rupiah.

Warga emas selamba beli barang dapur guna duit mainan

“Polis telah merampas 40 plastik yang mengandungi wang kertas mainan dengan denominasi 1,000 rupiah (RM0.27) hingga 100,000 rupiah (RM28).

“Wang-wang kertas itu difahamkan dibeli secara dalam talian,” tambah beliau.

Ketika ini, siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Baca Juga:
Tak sangka rupanya di China pun ada pekan nama Taiping sama macam di Perak
Ini anggaran kos jika orang Melayu mahu membuka Restoran Mamak
Majikan tawar bonus RM67 juta kepada pekerja yang berjaya teka jumlah duit atas meja