Warga emas ‘makeup’ kereta Proton Saga dengan aksesori kerongsang raih perhatian ramai

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas ‘makeup’ kereta Proton Saga dengan aksesori kerongsang raih perhatian ramai.

Menurut warga emas tersebut, dia menjadikan aktiviti menghias kereta Proton Saga berwarna merah sebagai hobi masa lapangnya.

Umum mengetahui kebanyakan golongan lelaki lebih cenderung dan minat pada bidang automotif seperti motosikal dan kereta. Malah, mereka juga sanggup berhabis ribuan ringgit demi mengubah suai atau mencantikkan kenderaan yang dimiliki.

Warga emas 'makeup' kereta Proton Saga dengan aksesori kerongsang raih perhatian ramai

Warga emas hias kereta dengan pelbagai aksesori kerongsang

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki warga emas apabila dilihat cenderung menghias kenderaannya.

Namun, dia sedikit berbeza kerana melakukan ‘makeup’ dengan pendekatan berbeza, menggunakan ratusan atau mungkin ribuan aksesori hiasan pakaian seperti barangan kemas, rantai, butang, dan juga kerongsang untuk mencantikkan kenderaannya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh @Jan_absober di TikTok, awalnya dia menunjukkan seorang warga emas sedang membuka bonet bahagian hadapan sebuah kereta jenama Proton Saga berwarna merah.

@jan_absober Lain org.lain hobinya.kaWw😂🫡#fypシ゚viral #tiktok2024❤️ #sungaipetanikedah🔰 #viral ♬ original sound – Jan_absober

Dilekatkan di seluruh badan kereta termasuk cermin

Jelas kelihatan bahagian luaran (exterior) kereta tersebut termasuk permukaan cermin dan tingkap dipenuhi pelbagai butiran seperti kerongsang serta bendera Kedah.

Malah, ketika ingin membuka bonet hadapan kenderaan itu, pak cik berkenaan turut meminta Jan untuk membantunya mengangkat bonet tersebut dipercayai kerana terlalu berat disebabkan aksesori yang ada di atas kereta tersebut.

Apa yang mencuri tumpuan sebaik bonet dibuka, kelihatan aksesori sama turut dilekatkan pada penutup enjin dan bahagian-bahagian lain. Melihat perkara itu, Jan secara berseloroh turut mencadangkan pak cik tersebut untuk membawa keretanya ke pameran autoshow.

@jan_absober Replying to @𝖒𝖎𝖟77 uncle cakap atas budibicara org tua2 layan hobi🥰🫡#tiktok2024❤️ #fypシ゚viral #viral #sungaipetanikedah🔰 #tangkap #peluk #cium #keriyau ♬ original sound – Jan_absober

Bukan di bahagian luar sahaja, malah seluruh bahagian interior turut dipenuhi dengan ribuan lagi aksesori perhiasan termasuk patung mainan, bunga tiruan serta barangan tembaga.

Lekat kerongsang pada kereta adalah hobi

Sewaktu ditanya berapakah modal yang digunakan untuk setiap aksesori tersebut, pak cik itu mengatakan dia tidak pernah melakukan kira-kira memandangkan itu adalah hobinya.

Di ruang komen, Jan turut memaklumkan kereta tersebut ada dibawa bersiar-siar namun kebiasaannya hanya disimpan di rumah sahaja.

Kereta raih perhatian ramai

@jan_absober Replying to @我没有名字 🤪 tngok mcm2 ada miaa😂#tiktok2024❤️ #fypシ゚viral #sungaipetanikedah🔰 #viral ♬ original sound – Jan_absober

Perkongsian Jan mengenai kereta unik tersebut nyata menarik perhatian ramai. Ada yang tidak menyangka beliau begitu ‘gigih’ menghiasi keretanya dengan ratusan aksesori tersebut.

Tidak kurang juga ada yang khuatir bagaimana kereta ini dipandu memandangkan hampir seluruh permukaan cermin dipenuhi dengan hiasan kerongsang.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen yang turut menyedari bahawa pak cik tersebut turut menghiasi kasutnya dengan kerongsang.

Ada juga yang bertanya adakah ia kerongsang emas yang betul dilekatkan pada kereta. Jan lalu menjawab ia bukan emas tulen.

“Sebiji lagi wira dekat Pekan, Pahang. Mereka sama hobi ni.”

Warga emas 'makeup' kereta Proton Saga dengan aksesori kerongsang raih perhatian ramai

Baca Juga:
Rumah banglo Sajat dilelong dengan harga lebih murah sebab tiada pembeli
Penyokong Terengganu bengang beli burger dalam stadium dapat ‘secubit’ daging
Lelaki pandu Bezza hitam umpan budak RM50 sebelum culik