Warga emas dilarang masuk lawat abang ipar di Hospital Seberang Jaya hanya kerana berseluar pendek

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas dilarang masuk lawat abang ipar di Hospital Seberang Jaya hanya kerana berseluar pendek.

Seorang warga emas dilarang melawat abang iparnya di sebuah hospital kerajaan dan diberikan ceramah mengenai Rukun Negara kerana berseluar pendek.

Lim Thean Heng, 72, memakai baju T, berseluar atas lutut dan berkasut sukan ketika tiba di Hospital Seberang Jaya petang Isnin lalu.

“Saya terkejut. Saya tanya pengawal keselamatan apa masalah berseluar pendek? Saya tidak diberikan penjelasan dan dilarang masuk,” kata jurutera bersara itu kepada FMT.

Warga emas dilarang masuk lawat abang ipar di Hospital Seberang Jaya hanya kerana berseluar pendek

Lim berkata, beliau kemudian ditunjukkan infografik kod pakaian pelawat hospital, yang melarang seluar pendek, skirt pendek dan baju tanpa lengan.

Beliau kemudian membangkitkan perkara itu di kaunter aduan hospital, di mana seorang pegawai memaklumkan akan menggunakan budi bicaranya dan membenarkan dia masuk “hanya untuk kali ini”.

“Saya kata tak patut ‘hanya untuk kali ini’ saja, tetapi selamanya,” kata Lim.

Ketika menemui seorang pegawai bertanggungjawab untuk keselamatan hospital itu, Lim mempersoalkan asas untuk kod pakaian dan lelaki itu menjawab: “Kod pakaian ini berdasarkan Rukun Negara.”

Selepas itu, pengawal keselamatan sama menghalangnya sekali lagi, walaupun mendapat kebenaran masuk “hanya untuk kali ini”. Wanita terbabit hanya mengalah selepas seorang penyelia dipanggil.

“Ini peraturan dibuat ‘Little Napoleon’. Siapa tetapkannya? Tidak patut ada peraturan sedemikian untuk orang awam.”

FMT belum mendapat jawapan daripada pihak hospital, Jabatan Kesihatan Negeri atau Kementerian Kesihatan berhubung isu ini.

Mac lalu, seorang pelawat warga emas dilarang masuk oleh pengawal keselamatan kerana berseluar paras betis di Hospital Kuantan. Pihak berkuasa dilaporkan berkata, ia akibat “salah faham etika berpakaian”.

Warga emas dilarang masuk lawat abang ipar di Hospital Seberang Jaya hanya kerana berseluar pendek

Sebulan sebelum itu, seorang wanita di Perak mendakwa dinafikan rawatan di bilik kecemasan Hospital Kampar kerana berseluar pendek.

Semakan mendapati beberapa hospital kerajaan melaksanakan kod pakaian kepada pelawat, dengan Hospital Temerloh menerusi laman webnya menyenaraikan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan pelawat.

Sumber

Baca lagi:
Anak 5 tahun lihat ibu maut dibaham jerung hingga putus kaki
Instagram Hans Isaac ‘diserang’ peminat gesa baiki segera padang SNBJ sebelum final Piala Malaysia 8 Disember
‘Abluo’ robot pintar pembersih tandas bakal beroperasi tahun depan