Warga emas dicekup khalwat dengan tukang urut lepas tengok bunga api

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas dicekup khalwat dengan tukang urut lepas tengok bunga api.

Keletihan meraikan sambutan Tahun Baharu 2025 dan terpaksa menginap di hotel kerana sudah lewat malam untuk pulang ke rumah.

Itulah alasan seorang peniaga warga emas ketika ditahan oleh pegawai penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) kerana berkhalwat dengan pasangannya, seorang tukang urut warga Thailand, di sebuah hotel di Bandaraya Melaka, tengah malam tadi.

Warga emas dicekup khalwat dengan tukang urut lepas tengok bunga api

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata pasangan itu yang berusia 60 dan 42 tahun adalah antara 14 individu yang disyaki (OYDS) yang ditahan dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah sempena Tahun Baharu 2025.

“Pemeriksaan di sebuah bilik hotel di pusat bandar Melaka, kita menahan lelaki warga emas tersebut kerana disyaki berdua-duaan dengan seorang wanita Thailand yang bukan beragama Islam.
“Lelaki yang berasal dari Melaka itu adalah seorang peniaga yang sudah berkahwin dan berkenalan dengan pasangannya yang bekerja sebagai tukang urut di sebuah pusat urut di Bandaraya Melaka.
“Ketika disoal siasat, dia mengaku keluar berdua untuk menyambut tahun baru dan menonton pertunjukan bunga api, kemudian menginap bersama di hotel kerana keletihan dan waktu sudah lewat malam untuk pulang ke rumah masing-masing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut berkata, jika sabit kesalahan, pesalah khalwat boleh dikenakan denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya.

Baca Lagi:
Ini cara nak cari calon suami pada tahun 2025
Ramai yang tak tahu, ini negara pertama & terakhir yang sambut tahun baharu
“Menyimpan harapan tinggi, tetapi dikianati”- Individu rugi ratusan ribu dalam pelaburan Vending Machine di Sarawak