Seorang lelaki warga emas nekad membunuh isterinya kerana tidak mampu menanggung kos rawatannya yang tinggi.
Ronnie Wiggs, berusia 75 tahun dari Kansas City, Amerika Syarikat, mencekik isterinya di katil hospital tempat dia dirawat, lapor Associated Press.
Dilaporkan bahawa isterinya telah datang ke hospital untuk mendapatkan port baru bagi tujuan dialisis.
Laporan polis mendedahkan bahawa wanita tersebut sedang berehat di katil apabila Wiggs membunuhnya.
Perbuatan Wiggs terbongkar apabila kakitangan hospital mendengar lelaki itu bercakap tentang tindakannya, dan segera memaklumkan kepada pihak polis.
Wiggs akhirnya mengaku kepada polis bahawa dia telah membunuh isterinya kerana tidak lagi mampu membayar bil perubatannya.
Warga emas itu didakwa dengan pembunuhan tahap kedua.
Baca Juga: