Warga emas cedera dibelasah cucu jiran selepas tegur bakar sampah

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas cedera dibelasah cucu jiran selepas tegur bakar sampah.

Seorang warga emas cedera di bahagian muka akibat ditumbuk dan dipukul di belakang kepala oleh cucu jirannya gara-gara menegur membakar sampah secara terbuka di kawasan tanah mangsa di Tanjung Kling di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka ACP Christopher Patit berkata dalam kejadian 1.20 tengah hari semalam, mangsa yang merupakan wanita berusia 76 tahun itu pergi berjumpa dengan pemilik inap desa untuk menegur perbuatan cucu lelakinya berusia 26 tahun membakar sampah dalam kawasan tanah warga emas itu

Warga emas cedera dibelasah cucu jiran selepas tegur bakar sampah

“Mangsa menegur tindakan suspek lelaki itu membakar sampah secara terbuka dalam kawasan tanahnya sehingga menyebabkan mangsa sesak nafas kerana menghidu asap yang banyak.
“Bagaimanapun berlaku pertengkaran mulut antara mangsa dengan suspek sebelum pemuda berkenaan meluru ke arah mangsa dan menumbuk bahagian mukanya beberapa kali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata mangsa cuba melarikan diri namun suspek sekali lagi memukul bahagian belakang warga emas itu sehingga mangsa terjatuh.

Menurutnya suspek turut mengugut mahu memukul mangsa dengan kayu sebelum wanita itu berlari masuk ke dalam rumah.

Selepas kejadian itu mangsa telah membuat laporan polis.

Christopher berkata akibat dipukul dalam kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan tisu lembut serta sakit di bahagian belakang kepala dan badan, muka serta leher.

Polis menahan suspek pada 12.10 tengah malam tadi bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Katanya orang ramai juga dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi atau menye

babkan berita palsu kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran pada masyarakat.
Satu rakaman video berdurasi 29 saat turut tular di media sosial hari ini.

Baca Juga:

‘Abang Bangladesh’ semangat sokong Harimau Malaya di Qatar curi tumpuan, siap balut bendera Malaysia di tubuh
Tular gambar beri makanan percuma kepada tentera Zionis, Pizza Hut bakal berdepan diboikot masyarakat dunia
Dijanjikan labur RM300 untung RM5000, penghantar makanan putih mata rugi RM82,00