
Warga emas berputih mata rugi RM140,000 di tipu ‘Puan Rohani’
Warga emas berputih mata rugi RM140,000 di tipu ‘Puan Rohani’. Seorang warga emas berusia 66 tahun berputih mata apabila kerugian RM140,000 akibat terpedaya dengan Macau Scam.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, berkata pihaknya menerima aduan mangsa jam 12.21 tengahari, semalam.
Menurut beliau, mangsa seorang wanita yang tidak bekerja menerima panggilan telefon daripada penjenayah sejak Oktober tahun lalu dengan memperkenalkan dirinya sebagai pegawai polis bernama Puan Rohani.
“Penjenayah mendakwa mangsa terbabit dalam kes penggubahan wang haram dan akan ditangkap.
“Mangsa diminta supaya memindahkan wang dalam akaun Tabung Haji ke akaun bank milik mangsa, sebelum memberikan butiran akaun bank kepada penjenayah.
“Penjenayah seterusnya memindahkan wang mangsa ke akaun bank yang tidak dikenali,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya lagi, mangsa hanya menyedari dirinya ditipu setelah menyemak akaun banknya semalam dan mendapati wang simpanan berkurangan.
Baca Lagi:
Lelaki jadi popular sekelip mata, selepas muatnaik video kehebatan Malaysia
Wanita kongsi suasana kenduri kahwin di kampung macam ‘pasar malam’ curi tumpuan ramai
Poligami itu indah kalau suami berlaku adil – Puteri Sarah
CATEGORIES Berita