Warga emas belanja hampir RM2,000 setahun untuk beli ayam goreng setiap hari kepada kucing jalanan buat ramai tersentuh

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas belanja hampir RM2,000 setahun untuk beli ayam goreng setiap hari kepada kucing jalanan buat ramai tersentuh.

Ramai warganet tersentuh selepas kisah seorang lelaki bernama Mamu dikongsikan oleh pemilik sebuah restoran.

Menurut pemilik Nasi Kandar Sulaiman, Mamu datang ke restoran itu setiap hari selama hampir setahun untuk membeli ayam goreng yang diberikannya kepada kucing jalanan.

Warga emas belanja hampir RM2,000 setahun untuk beli ayam goreng setiap hari kepada kucing jalanan buat ramai tersentuh

“Mamu ini sudah hampir setahun lebih datang setiap hari beli dua ketul ayam semata-mata untuk memberi makan kepada kucing. Walaupun hujan lebat, beliau tetap datang dengan memakai baju hujan. Katanya, kucing-kucing itu sentiasa menunggu kehadirannya,” kata pemilik restoran tersebut.

Malah, semua pekerja di restoran itu sudah mengenali Mamu kerana mereka sering melihat beliau memberi makan kepada kucing di kawasan sekitar.

“Beliau datang secara konsisten membeli ayam goreng. Sehari kalau seketul ayam berharga RM5.50, darab 365 hari sudah hampir RM2,007 yang beliau belanjakan untuk kucing makan.”

Kisah Mamu ini menyentuh hati ramai warganet yang percaya bahawa kebaikan yang dilakukannya setiap hari akan mendapat balasan setimpal suatu hari nanti.

Baca Juga:
Badan dipotong 10 bahagian, ini kisah 2 pemuda tidak siuman berakhir dengan tragis
Rupanya ini pencipta sebenar lagu ‘Abuya Skibidi’ yang tengah top di TikTok
Pemandu Vellfire Malaysia simbah air dekat Subaru pemandu Singapura raih perhatian ramai