Warga emas 82 tahun cedera parah rumah dirempuh MPV

Photo of author

By Syima Iza

Warga emas 82 tahun cedera parah rumah dirempuh MPV. Seorang warga emas patah tulang pinggul selepas sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas dan merempuh kediamannya di Kilometer 40 Jalan Peradong, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku jam 12.58 tengah hari dengan mangsa yang berusia 82 tahun itu masih tidak sedarkan diri.

Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin, berkata pemandu MPV jenis Nissan Grand Livina iaitu wanita berusia 43 tahun turut cedera dengan lebam pada dada kiri serta peha sebelah kiri.

Warga emas 82 tahun cedera parah rumah dirempuh MPV

“Siasatan awal mendapati MPV dipandu wanita itu dari arah Serting Ulu menghala Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Dato’ Undang Syed Ali Al-Jufri, sebelum terbabas ke bahu jalan sebelah kanan dan melanggar sebuah rumah ketika melalui jalan di Kilometer 40 Jalan Peradong.

“Akibat kejadian itu, warga emas yang berada di dalam rumah mengalami kecederaan dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi.

Maslan berkata, kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Jelebu menggunakan ambulans.

“Rumah rumah milik warga emas itu yang direpuh turut mengalami kerosakan pada dinding hadapan, manakala MPV terbabit remuk pada bahagian hadapan kanan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Baca Lagi:
Pelajar IPT maut terjun tingkat enam setelah kecewa mesej tidak dibalas
‘Jangan biarkan mereka malukan JAWI’ – Puteri Sarah mohon menteri agama siasat Syamsul, Ira Kazar
Penduduk terkejut aligator gergasi melintas jalan