Warga asing menyamar pakai alat pernafasan seperti bayi tular untuk raih simpati

Photo of author

By Syima Iza

Seorang lelaki warga asing dikecam selepas menipu dengan memakai alat bantuan pernafasan semata-mata untuk meraih simpati orang ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok @milopanas774, lelaki tersebut dilihat memakai alat bantuan pernafasan dan disedari oleh seorang pemuda tempatan ketika menyeberangi jalan di Wangsa Melawati.

Meninjau dari ruangan komen, video tersebut mengundang reaksi berang dalam kalangan pengguna TikTok susulan tindakan warga asing itu yang dianggap menyamar dan meniru kisah seorang bayi yang tular baru-baru ini.

Warga asing menyamar pakai alat pernafasan seperti bayi tular untuk raih simpati

“Terlalu memanjakan mereka (PATI), macam-macam helah untuk menipu rakyat Malaysia sehingga kaya di negara mereka kerana orang tempatan kesiankan mereka,” komen @sritharan4471.

“Senang je kan pendatang asing (PATI) nak cari duit,” komen @halimzack.

“Dia tengok bayi viral tu orang bagi banyak sumbangan, apa lagi buat modal menipu la,” komen @karathijau6.

@milopanas774 haha dia nak kencing aku bawak gas kosong 🤣#fyp #fypシ゚ #foryou ♬ original sound – milopanas76

Malah, ada antara warga TikTok yang meminta pihak Jabatan Imigresen Malaysia untuk menjalankan operasi dan mengambil tindakan tegas berkaitan isu pendatang asing di Malaysia.

“Jabatan Imigresen Malaysia, macam ni pun boleh jadi ke. Apa cerita?” komen @aqif.aqif28.

“Imigresen ambil tindakan, makin melampau mereka ni,” komen @c.ratna516.

Baca Juga:
Lelaki cedera parah dilempar ke dinding ketika cuba lerai 2 lembu jantan bergaduh naik minyak
Lelaki gagal SPM bangga bergaji RM3,500, sekali pakcik ini bagi ‘respon pedas’ buat netizen tergelak besar
Wanita tampar penyondol selepas tangkap suami separuh bogel atas katil