Warga Argentina minta sumbangan diesel untuk keliling dunia di RnR Temerloh, ramai tak puas hati masih ada yang hulur duit

Photo of author

By Syima Iza

Warga Argentina minta sumbangan diesel untuk keliling dunia di RnR Temerloh, ramai tak puas hati masih ada yang hulur duit.

Sebuah trak dipercayai milik warga Argentina diletakkan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh Timur, Pahang dengan tujuan untuk meminta sumbangan diesel daripada orang ramai.

Klip video berdurasi 32 saat itu dikongsikan oleh pengguna Tiktok, Amir Putrajaya pada Selasa dan mendapat hampir 50,000 tontonan setakat ini.

Warga Argentina minta sumbangan diesel untuk keliling dunia di RnR Temerloh, ramai tak puas hati masih ada yang hulur duit

“Warga Argentina perlu sumbangan diesel untuk meneruskan perjalanan mengelilingi dunia,” tulisnya di kapsyen.

Meninjau di ruangan komen TikTok berkenaan, ramai dilihat tidak berpuas hati dengan pihak yang terlalu pemurah memberikan sumbangan sekali gus menjadi punca Malaysia menjadi tempat tumpuan pelancong yang cuba mengambil kesempatan.

“Dah dua kali terserempak dekat R&R Jejantas Sungai Buloh. Yang pelik ada juga yang hulur duit. Cuba rakyat kita buat macam ni di luar negara. Apa yang jadi?,” keluh Birdboy92.

“Satu kelemahan orang kita adalah terlalu baik,” ujar Raimirosli3.

“Dia yang nak berjalan kita kena tanggung, memang tak lah,” komen Shariffsarip5.

Baca Lagi:
Syahir sahut cabaran Rafizi, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos
Suami isteri berputih mata, wang pencen RM542,000 lesap kerana pelaburan Kripto
Jurugambar Perancis terkenal maut terjatuh dari tingkat 68 semasa rakam aksi berani