Wanita teruk kena perli selepas dakwa produk rempah terkenal mengandungi babi

Wanita teruk kena perli selepas dakwa produk rempah terkenal mengandungi babi

Wanita teruk kena perli selepas dakwa produk rempah terkenal mengandungi babi. Sejak semalam (17 Jan) tular di media sosial video seorang wanita yang ingin memberi kesedaran kepada orang ramai terhadap satu jenama rempah makanan yang menurutnya mengandungi babi.

Namun ‘mesej’ yang ingin diberikan kepada orang ramai itu berakhir dengan dirinya yang menjadi mangsa perli.

Menerusi perkongsian di laman Twitter @isusemasaviral, wanita tersebut yang berada di sebuah pasar raya menjelaskan dia ke sana untuk membeli rempah bagi tujuan memerap ayam.

Wanita teruk kena perli selepas dakwa produk rempah terkenal mengandungi babi

Terdapat tulisan ‘pork’ pada pelekat produk
Bagaimanapun, ia menyedari terdapat sesuatu yang pelik pada ruangan pelekat produk rempah tersebut dan apabila diteliti ternyata terdapat tulisan ‘pork’ di situ.

Beranggapan produk tersebut mengandungi kandungan yang tidak halal, dia lantas membuat video agar orang ramai lebih berhati-hati sebelum membeli rempah jenama terbabit.

Mungkin keliru antara ‘use on’ dan ‘ingredients’

Namun, sangkaan wanita itu sebenarnya salah apabila kelihatan jelas bahawa tulisan yang tertera adalah ‘use on’ (digunakan untuk) bermaksud produk tersebut boleh digunakan untuk memerap daging seperti lembu, ayam, kambing, ikan, dan termasuklah daging babi.

Manakala, teks yang tertera tulisan ‘ingredients’ (bahan-bahan) pula bermaksud bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan produk rempah tersebut seperti garam, gula, cili, bawang putih, lada hitam dan sebagainya yang halal untuk dimakan.

Ramai perli dan terhibur melihat video tersebut
Susulan tularnya video tersebut, rata-rata netizen memberi komen yang menghiburkan sambil memerli wanita itu tentang pentingnya mempelajari bahasa Inggeris.

Malah ramai bertidak mengecamnya kerana tergopoh-gopoh memuat naik video tanpa memeriksa terlebih dahulu.

Baca Lagi:
Pembunuh bersiri bunuh 83 wanita tawar diri berperang di Ukraine
PM tinggalkan pentas utama ketika majlis berlangsung, peluk dan salam Dr Maza
Macam model! Nenek gayakan pakaian renang dipuji netizen
CATEGORIES