Wanita tertinggi dan paling pendek bertemu

Photo of author

By Syima Iza

Wanita tertinggi dan paling pendek bertemu.

Wanita tertinggi, Rumeysa Gelgi, bertemu dengan wanita terpendek dunia, Jyoti Amge, di London bagi meraikan Hari Guinness World Records yang ke-20, lapor portal berita thepinknews.com semalam.

Kedua-dua mereka makan tengah hari bersama di Hotel Savoy sambil bercerita tentang kisah hidup dan pengalaman masing-masing.

Wanita tertinggi dan paling pendek bertemu

Guinness World Records merakam video perjumpaan mereka sebelum dikongsi di platform TikTok. Klip video itu menjadi sangat tular dan mencatatkan hampir 50 juta tontonan serta 5.4 juta tanda suka.

Rumeysa memegang Guinness World Records sebagai wanita tertinggi dunia dengan ketinggian 215.16 sentimeter (7.05 kaki), manakala Jyoti ialah wanita terpendek dengan ketinggian cuma 62.8 sentimeter (2 kaki).

“Ia sangat menakjubkan dapat bertemu Jyoti buat kali pertama,” kata Rumeysa yang bekerja sebagai pembangun web dan berusia 27 tahun dari Turkiye.

Jyoti yang dilahirkan di India, pernah melakonkan watak Ma Petite dalam filem American Horror Story dan mengalami gangguan genetik yang menyebabkan dia kerdil.

Dia dan Rumeysa diberi penghormatan sebagai ikon Guinness World Records dalam edisi ulang tahun ke-70 buku tersebut.

@abcnewsIn celebration of the 20th Guinness World Records Day, the world’s tallest woman — Rumeysa Gelgi — and the shortest woman — Jyoti Amge — met for the first time for tea at the Savoy in London and to receive “Icon” certificates.

♬ original sound – ABC News

Baca Lagi:
Wanita cantik dari Pantai Timur cari pemilik al-Quran tafsir selepas 9 tahun
Tukang masak sanggup redah 700 kilometer demi himpunan RXZ wanita
Wanita muda buang air besar terkejut keluar anak